Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Monday 21 November 2011

I tak suka YOU...pleaseeeeeeeee lah~

Annyeong,


Ya aku mengistiharkan anugerah " I tak suka YOU " dimenangi oleh KESESAKAN DI BULATAN UiTM Kota Samarahan...inilah benda yang aku hadapi tiap tiap kali balik petang~kalau balik awal berkemungkinan takkan stuck kat sini tapi aku kena jaga student kat lab yang tengah buat FYP~ terkadang terfikir balik pukul 5.30? alang gilak bh mun mok aher aher sekali
 bila dah tersangat sakit hati aku pun memutuskan untuk pergi ke Tasik Desa Ilmu~ nasib baiklah cuaca petang tu elok je angin sepoi bahasa~ yang menyedihkan aku lepak sorang~ ahhh macam tak biasa la pulak~ (word pancing memancing nampak) HA HA HA
eh lupa pulak ni la kasut NIKE aku~ yang best pasal kasut ni ia GLOW IN THE DARK~ I bet korang tak kan jumpa lagi la kat kedai~ sbb masa aku beli this is the only ONE dan may be hanya satu-satu nya yang wujud di muka bumi ni~ kalu ade pn bukan design macam ni~ sbb tu aku memang aku tak pakai pun kasut ni tiap hari~ SAYANG SAMA DIA
kasut ni menyerap cahaya~ makin banyak cahaya yang diserap mkin terang la ia di tempat gelap~ nampak mustahilkan~ TIADA LED...cantik sangat bila tengok ia bercahaya dalam gelap~nanti aku upload pic tu~ petang kelmarin aku tak sempat amik~ lampu neon tak mampu membekalkan cukup tenaga so tunggu esok aku nak jemur di tengah padang pasir~ HA HA ye sayang ko serap la berapa banyak cahaya MATAHARI tu ye~ SEDOOOT SEDOOOT....ekekekeke

Friday 18 November 2011

Hari hari kena rajin cari task

Annyeong,


ok kali ni aku nak cerita pasal mesin dan alat2 yang berkaitan dengan mechanical engineering~ ni sebahagian kecil je aku buat dalam 2 minggu ni~


inilah alat penyulingan air yang aku dan kawan aku kendalikan pada minggu lepas~ alat ini berfungsi untuk menyulingkan air dari paip~ alat ini agak senang dikendalikan just perlu sambungkan hos pada pili on kan suiz dan biarkan saja~ wap yang terhasil akan mengalir melalui hos kecil dan kita perlu menyediakan bekas tadahan untuk menyimpan air suling tersebut. tapi sebelum mengendalikan alait ini mestilah ikut procedure dan haruslah ada technician yang memantau
 selepas kita mendapatkan air suling tadi, air suling tadi kita gunakan untuk melakukan experiments dengan alat ini...alat ini dinamakan "WATER COOLONG TOWER"..aku nak terangkan panjang lebar pun komfem korang blurrr...kan...kan
 ok kat "WATER COOLONG TOWER" ada benda ni~ kat sini la bacaan akan di ambil dan student just masukan data tersebut dalam jadual experiment mereka~
 yang ni pulak salah satu favorite aku...lathe machine atau nama melayu nya mesin larik...ekekeke~walaupun agak lama aku tak mengendalikan mesin ni tapi aku masin ingat cara mengunakan nya~ mesin larik telah wujud sebelum abad yang ke-18 lagi~tua kan~ sekarang berevolusi dan pelbagai jenis di pasaran dari manual sehinggalah mesin larik CNC~ (computer numerical control)
ini pulak mesin untuk test kekuatan sesuatu material~ ari tu ada 22 group masuk lab...perghhh macam sardin pulak berpadat dalam tu~bising tak payah cakap la~ al maklum la student sem 1 semua tu~ tak nak marah2 mereka la~ diorang dah besar~ kn kn kn~

Saya dan mereka di FKM

Annyeong,








hari hari aku di FKM bersama mereka memang best tapi mereka akan meninggalkan aku seorang diri pada bulan Disember nanti~ wahhhh tinggal la aku seorang diri~






macam-macam benda kami orang buat di lab komputer bila tak ada student guna lab~ he he he~ ada yang ber-FB, Twitter, Dota, Command and Conquer, Needsforspeed Most Wanted...ala biasa la kan dah takde kerja bukan maksud nya kitorang whole time buat cmtu~ kami adalah kakitangan yang sangat berdedikasi...HA HA HA...tak percaya jom la tengok kitorang kat sini buat kerja ke tak~ =P





maintaining and monitoring

Annyeong peeps,



For too long
I had not visited my blog
how are you all?
FYI I am very busy during this two week
and the remaining 10 weeks for my busy time
and I'll be free like a bird flying



Every day I have to wake up early
My problem used to sleep late at night and difficult to wake up early in the morning
everyday after back home me felt too tired and decide just go sleep
That is why I do not have time to surf the Internet and visit my blog


I got a lot of new experience and meet new friends
they are very good and friendly with me
ok2~ everyday me and my friend maintaining, monitoring and sometime help/assist some student doing their experiments or workshop~


may be it sound easy but it requires good communication skills to interact with student
it was very challenging for me


p/s: tolong tampar palak aku ngengeh kelaka omputeh~ekekeke

Monday 7 November 2011

Masalah timbul bila tak update dan tak peka~

Annyeong,


eh apa macam raya korang semalam??best tak??~
arini cuti umum tapi aku tak merasa cuti pun~ 
sebab??...sebab aku pagi tadi kena bangun awal~




ini la sebab mengapa aku awal2 pagi dh memecut~ dh siap smart abisssss!!! malam tadi sempat g mintak tolong kawan aku potong rambut~ macam bersemangat berkobar kobar kn~ tapi aku memang nervous la sebab aku perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tempat yang baru~ memang aku tau ari ni cuti umum tapi kat surat yang aku terima dari college menyatakan aku melapor pada hari ini~ hu hu bila sampai je ternyata memang tak ada org~ so aku balik la so esok la aku g melapor diri~ harap2 semua nya berjalan lancar~ dan doakan aku dapat supervisor yang baik hati~


p/s: sempat tengok orang main golf pagi tadi~

Sunday 6 November 2011

Kisah ku di Hari Raya Aidil Adha

Annyeong~

Baca Fatihah dulu~
ekekeke...dah ke?

Al-kisah...........

jam menunjukan tepat pukul 7
dan aku........


 masih di buai dek mimpi yang yang indah~ dengan suasana pagi yang sejuk aku teruskan berulit denagn selimut ku memanjakan diri~ tatkala ada juga menjenguk jam di telifon bimbit ku yang setia menemaniku masa tidur ku sejak dari dulu lagi~

DAN......beberapa minit kemudian~


aku di kejutkan dengan bunyi suara kecil memberi salam dan firasatku ini mengatakan sesuatu akan berlaku.....ternyata betul tekaan aku~ tidak semena mena pintu bilik aku di ketuk bagai nak roboh~ nak jugak aku menjerit tapi aku tau di sebalik pintu tu hanya budak kecik yang tak tau apa-apa~


hurmmm....ON THE SPOT aku bangun~ suara kecik dengan frekuensi tahap tinggi yang mampu memekakkan telinga aku ni~ tak cukup dengan teriakan suara dan dentuman di pintu aku sekali disiksa dengan bunyi wisel dari mulut si kecil tu....

memang SAH....dia....perkataan pertama keluar dari mulut aku pagi tu....MIA !!!!!!!!!! oOOOHHH MIA...!!!!!


buka je pintu tengok ada budak kecik dengan mulut bersenjatakan wisel~ huahua...tu la kazen aku MIA anak usu aku dan mereka memang suka main kat umh aku bila balik bercuti~ sebab aku suka layan karenah budak2 kot sbb tu mereka suka pegi main kat umah aku~


AWKWARD~!!!!!!!!! budak kecil yang tolong bangunkan aku tido dah tu tiup2 wisel sampai aku bangun bukak pintu~ waaaaaaaaaaaaaaaaaa~
MALU pn ada gak la mana tak nya budak kecik bangun awal dan dah siap mandi dan aku.......aku SEORANG YANG PEMALAS itu pun si MIA yang cakap....hu hu

aku pn bergegas la g mandi


dan kami layan MV sama-sama~ makan makan~ dan memang tak sah aku jadi mangsa buli budak kecik~ rambut ditarik, di tolak, jadi bahan lawak dan macam macam lagi lah~ tak pe laaa diorang budak lagi

dan siang pn melabuhkan tirai berakhirlah HARI RAYA AIDIL ADHA aku~

~TAMAT~

Hari Perayaan adalah Syurga Makanan

Annyeong~


Asalamualaikum~ lelaki melayu terakhir~ ekekeke
nak cita pasal makanan je ye~


Sayur campur


tadi pun kena marah amik pic ni~ hu hu


Rendang Ayam
Ketupat Instant~ agak malas nak buat manual anyam daun lagi~

Kuih
 ni je yang tinggal lain semua dh masok perut aku dh~ ekekeke

Agar- agar
 Mak aku tiap tiap perayaan tak miss buat agar-agar

ni la rupa agar agar tadi yang dah di potong~ 
jemput makan semua

nanti selepas ilustrasi dah siap aku update lagi k~ komik Raya Aidil Adha~

Saturday 5 November 2011

Tatkala diambang menyambut Aidil Adha 2011

Annyeong~


ini la pulut panggang kalau yang tak tau tu~

YEAY!!! Raya~raya~ 


BERGUMBIRA~BERGUMBIRA


ketupat instant~malas la nak buat manual melipat daun buat bekas
Seronok~ sebab apa aku sukaaaaa sangat pasal hari perayaan? ~SEBAB makanan laaaaa~ aku suka makan dan makan dan makan~ 


tengah pikir ayam ni nak masak apa~


Bila hari perayaan la kami saudara mara akan berkumpul ramai-ramai~ dan yang paling best mak aku akan masak SPECIAL tau~ aku sangat suka masakan mak aku~ mak aku pandai masak~ dulu2 masa aku kecik-kecik dulu aku masih ingat mak aku selalu ikut pertandingan memasak kat kampung~ dan selalu gak dapat num SATU~ woot~woot~


ni pulak itik yang tgh diperap~masak lada hitam


tapi kan kitaorang tak ada adik beradik pempuan~ kesihan mak aku tak ada orang yang akan mewarisi bakat masakan mak~ aku pandai masak walaupun aku ni lelaki sejati tapi aku punya sikap sangat malas (~dh lumrah semulajadi perangai lelaki~)


ni pulak kacang yang tgh di panggang nak buat kuah satay


Ahhh~aku mula mengarut luar dari topik nampak nya~ btw aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA @ HARI RAYA KORBAN~

Friday 4 November 2011

Mencabar keupayaan sendiri

Annyeong~


Aku jeles~ tapi aku x la jeles sampai niat jahat~ kira aku admire la~ eh bukan kat orang la tapi kat blog orang la~


Wuuuuuu~Wuuuuuuu~ buat2 la sedih tambah dengan nangis air mata palsu~


Cerita bermula dengan...........(gaya komik la pulak)




masa aku wat blog dulu aku mana kisah sangat dengan rupa blog aku ni~ aku masih rookie lagi....new~b kalau bahasa DOTA tu digelar NOOB la~ masa aku tgh Blogwalking tetiba perasaan aku jeles la tengok blog org sweet2 je~ eh aku tak la nak buat sweet sbb aku lelaki atleast la blog nampak MACHO...kn...kn~




Kenapa, mengapa dan bagaimana??~ knapa lak aku jadi cmni selalu aku tak pun macam ni~
dengan keazaman yang ada kudrat tulang 4 kerat dan otak aku yang lama dah tak berfungsi dengan normal sebab aku baru je abis belajar dan 4 ari lagi Graduation Day aku~ HU HU HU....aku teruskan hasrat nak me-MACHO-kan blog ku yang x seberapa KACAK ni~ berjam-jam aku ikut tutorial yang aku jumpa kat atok GOOGLE ku~ akhirnya aku di istiharkan BLURRRRRRR~ kasihan kan~


tengah geram depan laptop jenama durian~ko ada?x ada nk....


Marah ni~ aku tengah marah ni~ nak marah siapa?marah la kat diri sendiri sebab seperti telah mem-BODOH-kan diri sendiri semalaman dan mengorbankan masa tido sebab sedaya upaya menjadi seperti cerita dongeng UGLY DUCKLING telah GAGAL dengan JAYA nya~




Aku seperti nakhoda kapal yang tersadai di persisiran pantai~ kapal pecah dipukul ombak besar begitulah gambaran yang dapat ku gambarkan tentang blog aku~ aku pulak seperti telipon bimbit yang menunggu nak padam sebab LOW BATT~ menyandar lah aku seketika sebelom aku meninggalkan jejak ku di entry ni~




kuyup mata ku dengan perasaan hampa berbaur geram yang teramat sangat~ aku serupa anak PANDA juga seperti di tumbuk oleh MIKE TYSON tepat di kedua belah mata ku~ kepala mungkin akan pening selepas ni dan aku sangat pasti tepat pada jam 8 am~ (biasa x tidur sbb ya ku tauk)...ya memang tiada perubahan kecuali daun yang berguguran tu je mampu aku buat dan aku sangat la malu dengan kebolehan ku bab mengedit dan menghias blog ni~ DENGAN RASMI NYA AKU MENGISTIHARKAN BLOG AKU MASIH KEKAL SEPERTI ASAL~ BURUK JE KAN~


Aku memujuk hati ku ini dengan mengatakan "JADILAH DIRI SENDIRI" hakikat hati semakin pedih dan kata kata tadik hanyalah sekadar COVERLINE je~ kalau di ikutkan memang nak ubah la rupa blog aku ni


P/S: malu bertanya sesat jalan~ kalau ada sesapa nak ajar aku TOLONG laaaaa~ aku sujud ni~ HUAHUAHUAHUA :'(

Wednesday 2 November 2011

Impian atau sekadar angan-angan~

Annyeong~


bosan sangat tadi dan mengelamun sekejap~ tiba-tiba berangan alangkah best ada rumah sendiri~ tak nak tinggal dengan mak bapak dah~ bagaimanakah rumah idaman anda?


alangkah apa yang aku lukis ni jadi kenyataan~dream house

ber-angan kejap~aku dah tua rambut pn gaya org tua ada rumah tp bujang....ekekeke