Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Sunday 26 October 2014

Terkandas

Aku masih "stuck" dengan dua movie ni

1. The Notebook
2. The Great Gatsby

Entah...sebab aku macam rasa terlalu dekat dengan watak dalam cerita tu...tapi memnag pun xda kaitan dengan kisah aku cuma aku menganggumi ketabahan watak tu dan kesetiaan mereka dalam menempuh segala dugaan yang ada. Jiwa mereka tidaklah serapuh seperti hubungan biasa biasa yang kita nampak sekarang. Kalau adengan yang x menyenangkan jangan la di contohi sila tapis sendiri. ehemmmm...batuk..maaf!!

Bukan mahu mengecam atau menyindir pada pasangan yang sedang bercinta sekarang tapi cuma sebagai peringatan pada diri sendiri juga. Dimana disaat diduga dan dilanda masalah dan kesempitan yang amat menyukarkan disitu kita boleh nampak siapa dan dimana masa depan kita berada. 

Dalam menngawal emosi dan amarah, kata kata yang kurang enak pasti terluah dek kerana tidak tertahan rasa dan disitu mula kita mula tersedar dan mengenang kembali tujuan dan mengapa adanya wujud sesuatu perhubungan itu. Yang pasti kebanyakkan nya nafsu semata dan mungkin segelintir sahaja kecelaruan minda kerana hendak lari dari hubungan yang lalu sehingga berpendapat dengan jatuh cinta pada yang baru boleh membuatkan diri rasa boleh melupakan kisah lampau. Tetapi hakikatnya jiwa masih goyah.

Aku juga bukanlah sesempurna yang ada di luar sana disebabkan aku tahu kemampuan aku ditahap mana aku cuba untuk bahagia. Mungkin bahagia yanga ku cari selama ini bukan bersama tapi untuk memilih jalan dua hala berbanding jalan sehala yang di impikan bersama angan angan dan cita cita ketika seronok bersama tanpa akal yang waras ketika ia tercipta. Pelajarannya dari kisah ini berhati hati berkata kata.

Benar kata kata pujangga jangan cuba menahan sesuatu yang bukan milik kita. Lepaskan dengan rela bila kita tahu hakikat dia bukan milik kita. Dia berhak memilih bagaimana kebahagiannya sendiri dan mendapatkan seseorang yang lebih baik diluar sana. Tiada kesalahan pun perbuatan itu, kerana itu lumrah seorang wanita. Kata kata ini mungkin agak terlalu tersurat dan tiada yang tersirat untuk kekasih lama tapi ini adalah hakikat yang perlu kita akui sejak dulu lagi. Semenjak tiada perang status dan perang laman sosial keadaan bagi aku sungguh normal berbanding dulu. Ahamdulillah.

Mungkin masih ada yang meragui kami masih berhubung dalam diam tapi itu tidak pernah terjadi kerana aku dan dia tidak simpan nombor masing masing. Laman sosial pun masing masing block sesama sendiri itu pun diatas persetujuan dua pihak agar tidak rasa tersinggung perkara perkara yang mendatang. Ibarat lenyap dari dunia. Sekalipun ia terjadi, kepada pemerhati jangan membuat spekulasi kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang senang pada dua pihak. Tiada sisa dendam antara kami dan semuanya sudah selesai sekian lama. Dia bahagia bersama pasangannya iaitu kekasih barunya dan aku juga sama bahagia dengan kedegilan untuk tidak mahu bercinta untuk kali ketiga. Ini bukan status menjaja tapi ini kebenarannya.

Soal silaturahin aku dengan keluarga dia aku serahkan pada Allah memberikan aku petunjuk dan tidak mustahil satu hari nanti aku mengundur diri dari mereka tapi tidak bermaksud aku membuang mereka dalam hidup aku. Kerana aku masih waras dalam menghargai budi dan bakti mereka terhadap aku. Sudah aku anggap seperti keluarga sendiri. Tidak menjadi kesalahan bukan?

Sudah sekian lama aku lupa bagaimana rasa dicintai dan mencintai oleh insan bergelar manusia. Ya benar, terbiasa menidakkan perasaan sendiri sejak zaman sekolah menengah lagi. Mungkin aku lebih selamat begini daripada akan menyakiti hati seseorang lagi dan hati diri sendiri. Sunyi? Ya....aku memerlukan kawan dan sahabat yang hebat untuk memecahkan kesunyian itu. Terima Kasih kerana memahami.

Aku berdoa dia bahagia dengan pilihannya.
Tiada wujud istilah lepas tangan segala kerana ia tidak seperti yang disangka dan jangka. Jika kita tidak belajar menamatkan sesuatu perkara, kita tidak akan mampu memulakan sesuatu yang baru.

Jadi pesan aku kepada kawan dan sahabat, disaat jiwa terasa sempit, jangan lupa untuk berdoa dan terus berdoa
supaya terbuka jalan bercahaya dalam redha-NYA
agar tidak terkandas.

by: azizianuar