Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Sunday 3 February 2013

Terkadang aku....

Asalamualikum dan selamat sejahtera semua harap semua nya sihat-sihat belaka la ea..

Agak lama aku tidak membuka buah bicara tentang kehidupan aku disini..masa aku amat terbatas dengan hal dunia yang dikejar x sudah hampir menelan jiwa aku memusnahkan ego aku sendiri demi mencapai hajat yang terbuku di hati..

terkadang aku alpa sendiri..
terkadang aku melayar diri..
terkadang aku sunyi..
terkadang aku sepi..
terkadang aku terasa di hati..
terkadang aku longlai sendiri..
terkadang menyendiri lagi..
terkadang ego memakan diri..
terkadang luka seendiri..
terkadang hampa menanti..
terkadang sabar memupuk diri..
terkadang hanyut didunia sendiri..
terkadang musnah harapan diri..

tapi aku tetap bangkit dan cuba untuk bangkit dari kesilapan lalu ku, kesilapan yang aku x dapat ditebus dengan hanya madah kata kerana ia bukan semudah yang disangka..tatkala dunia memberi muka untuk menatap mercu tanda dan juga pengangkutan beroda empat memecut laju aku masih terkapai mencai identiti sendiri..

biarlah aku mungkin masih ingin melihat dunia ini dengan kelajuan sederhana kerana aku takut mengejar lajunya permodenan zaman ini hampir menelan akar umbi diri ku sungguh pun berjiwa besar mengejar kerjaya.

apa yang aku minta aku sentiasa seperti diriku ini dan dijauhkan rasa meninggi diri apatah lagi melupakan insan yang pernah mendukung aku di masa susahku sentiasa ada bila aku lumpuh pada harapan hidup ini. Usia ini aku perlu melakukan sesuatu bukan hanya memewahkan diri dengan wang ringgit semata mata bukan juga mencari cinta teragung tapi aku percaya permata di depan mata sentiasa ada menunggu sinar cahaya dari kebahagiaan yang akan mengungjung tiba...Dan ku tunggu tiba nya cahaya memancarkan permata yang hanya kelam selama ini di depan mata taat setia disana..

Aku xkan lupa aku xkan mungkir pada kataku sekiranya ada yang masih percaya padaku..biarpun lambat atau cepat akan aku tunaikan juga jika ia masih berhak aku keatasnya..aku masih tidak mampu menunaikan semua permintaan semua orang dan aku masih menunggu kepercayaan semua kepada diri ku..jika aku tiada didunia ini lagi percayalah setiap kata kata ku bukan dusta aku cuba untuk menjadi sempurna dimata mereka tidak pernah aku memikirkan perasaan diriku sendiri..aku lakukan hanya untuk orang disekelilingku..

salam semua

terima kasih