Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Saturday 1 September 2012

Hati


Salam semua...

Berkaitan dengan perasaan atau rasa ketidakpuashatian pada sesuatu isu, perkara atau perbuatan yang berlaku disekeliling kita semua nya menimbulkan suatu rasa yang dicetus dari hati. Setiap manusia yang hidup didunia ni memang takkan pernah lari dari isu ini. Disini aku bukan mempertikaikan sesuatu perkara tetapi ingin berkongsi sesuatu mungkin akan membuka dan mengubah cara pandangan dari sudut berbeza mungkin dari sudut mana orang menerima terpulang pada diri menilainya.

Tatkala ia terjadi kita mempersoalkan dari hati dan bila ia melibatkan hati disini perkara rumit sering berlaku. Mengawal sesuatu perasaan yang membuak buak dalam diri amat payah jika tidak membendung dari awal dengan langkah menjaga pergaulan dan menjaga pandangan sesama kawan baik di laman sosial mahupun realiti. Sebagai hamba yang lemah mungkin kita tidak menyedari sesuatu perkara mungkin akan menyakiti seseorang dengan perbuatan kita walaupun hakikatnya kita tidak memperlakukan hal sedemikian seperti apa yang mereka sedang fikirkan.

Hal ini sangat mempengaruhi emosi dalam diri seseorang terkadang bila longlai dan lalai dengan kemesraan bersama teman kita mungkin lupa pada orang yang kita sayang dan sekaligus menimbulkan rasa berbelah bahagi dan paling amat memeritkan bila rasa keliru timbul dalam hati. Tidak sedarkah kita? bila perasaan ini wujud dalam diri sedikit atau banyak mungkin akan memberi impak dari segi pandangan kita pada orang itu atau perlakuan (layanan) kepada orang tersebut. Pernahkan kita fikir perasaan nya bila membuat sesuatu perkara tanpa menerima pendapat mereka dahulu?......Fail Fail Fail

Bila terlalu menjaga hati orang kita tidak sedar kita sebenarnya membenarkan orang menyakiti diri kita. Isu ni sering berlaku dalam pergolakan kehidupan manusia. Bila diperlakukan dengan rasa tidak hormat masih berdiam diri sebab tidak mahu memanjangkan sesuatu isu itu dan akhirnya diri tetap dibuli. Adakah masih kurang kesedaran itu? Tatkala terfikir juga adakah perlu kita menjadi jahat dan berkelakuan agak kurang ajar menyakiti hati orang lain untuk menegakkan sesuatu untuk diri sendiri? Jika YA, memang itu langkah terbaik...mungkin...

p/s : susah juga nak settle kan isu berbangkit ni kan...aku juga insan biasa punya kelemahan diri juga


Trust need to be earn first, once it broken there no another chance u get it again

Konflik

Salam semua..

Masalah sering berlaku jika kurangnya communication antara sesama manusia baik dirumah atau ditempat kerja atau diantara kawan-kawan mahupun adik beradik. Terkadang apa yang kita elak sangat mudah berlaku pada kita walaupun sekuat mana pun kita cuba mengelakkan diri tetapi ia berlaku. Jika kita tidak kuat semangat pasti akan berlaku pelbagai lagi masalah dalaman dan mungkin akan membawa atau mengundang masalah lain dan akan memberatkan otak mungkin ada yang mengalami stress yang melampau atau migrain...

Tetapi bagi aku biar la tidak berlaku hipokrit dihadapan orang disekeliling aku padahal berlaku pura pura itu harus dalam menjaga hubungan baik antara sesama insan...Maaf aku tegaskan disini aku bukan la manusia yang boleh melakukan hal sedemikian..padahal zahirnya aku ni jenis kuat melenting tapi aku harus mengawal amarahku kerana ia memang satu sikap yang tidak elok buat diriku dan orang disekelilingku..setiap manusia ada tahap kesabarannya sendiri tapi aku tahap kesabaran hanya senipis udara yang boleh sahaja menjadi taufan sekelip mata tanpa amaran..

Akan tetapi biarpun aku begitu tapi semenjak dua menjak ni aku agak berlembut hati. Jika diimbas masa laluku mungkin aku ni manusia yang paling nakal. Manusia memang tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan dan yang membezakan mereka adalah besar atau kecik kesilapan yang berlaku itu. Tidak pernah aku menyoal diri sendiri kenapa dan mengapa tetapi yang pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku..terlalu klise bukan..

Jika apa yang berlaku sekarang itu adalah reflek dari apa yang pernah berlaku sebelum ini. Secara dasarnya aku tidak menujukan entry ini kepada sesiapa atau pembaca disini. Setiap apa yang berlaku adalah diluar kawalan atau batasan pemikiran manuisa. Sebagai hamba yang hina lagi kotor dan jijik ni aku tahu tidak mempunyai hak untuk menegakkan sesuatu perkara disini tetapi apa yang aku ingin tegaskan disini jangan pernah menyesali apa yang berlaku keatas diri kita sendiri biarpun aku tahu ada segelintir tidak menyenangi kehadiran aku..siapadiri aku sebenarnya? biarlah hanya DIA sahaja yang tahu..

Terima kasih aku ucapkan kepada semua. Perkara yang berlaku amat bermakna bagi insan seperti aku. Walaupun memang tidak mudah melepaskan sesuatu kata dari mulut tetapi dalam hati masih berat dengan kedatangan perkabaran yang agak kurang menyenangkan aku. Manusia berpuak atau berkelompok adalah agak menyakitkan telinga dan mata aku. Lagi memedihkan ada yang bersikap kepuraan dengan sepenuh kepercayaan kita letakkan harapan kepada mereka dengan sekelip mata berpaling tadah.

p/s: kecelaruan minda??...konflik sering berlaku dan pesanan untuk diri sendiri