Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Friday 28 February 2014

Manusia

Manusia itu
kadang keliru
mungkin cuba meluahkan sesuatu
tapi lidahnya kelu
mungkin kerana kisah lalu
kadang mahu
kadang tidak tahu

Manusia ini
cuba untuk menyendiri
terlalu banyak terbuku dihati
mungkin ingin merasa kembali
perasaan dicintai
perasaan disayangi
tapi
masih cuba mengatasi
perasaan diri sendiri
maka tertunda niat dihati

Manusia itu sekarang
masih berperang
masih berjuang
terlalu banyak yang kurang
belum mampu mencurahkan kasih sayang
kepada seseorang

Manusia ini
masih memperbaiki diri
cuba mencari rentak sendiri
jatuh terkapai terus berdiri
mungkin ini
hikmah dan dugaan ilahi
harus dihadapi
harus diatasi

Manusia ini
adalah diri
aku sendiri

by: azizianuar


Cerita

Cerita itu
sudah lama berlalu
menyimpan duka dan pilu
mengores segala perasaan malu
sehingga lupa dan tidak ambil tahu

Cerita dulu
Bukan pilihan dan mahu
Juga sebagai pengajaran kau dan aku
supaya tidak terburu buru

Cerita ini
walaupun tidak kekal abadi
sungguhpun jauh di tinggal pergi
mungkin takkan dikenang kembali

Cerita sekarang
yang dulu masih dikenang
belum lagi sepenuhnya dibuang
walaupun ada sedikit kurang
yang pasti meninggalkan ruang
mungkin akan di isi seseorang
yang pasti akan di sayang

by: azizianuar



Rasa

Jika luka itu
tidak diubati
pulihnya akan
meninggalkan parut

Parut itu jelas
pada luaran tapi
dalaman masih
tinggal sisa sisa
masih merah berdarah
mungkin juga akan bernanah

Kerana luka itu
Jiwa sentiasa gundah
selalu goyah
mudah merasa susah
walaupun pahit telan saja
walaupun perit buat biasa

Kerana
permulaan gembira
juga dari duka
duka demi jiwa
tanpa ada rasa cinta

by: azizianuar


Sunday 23 February 2014

Kerana sebuah kebahagiaan

Sesekali aku terkadang termenung
bukan kerana mengenang
tapi cuma berfikir
perkara yang berlaku dalam hidup ini
ikatan aku sesama manusia
adakah terpelihara
adakah diredha
ataupun menimbukan sengketa

Aku mungkin cepat merasa puas
mungkin kerana aku tidak terlalu mengejar
permainan dunia yang tiada pernah cukup nikmatnya
kerana keinginan paling dalam di sudut hatiku
hanya mahu mencari bahagia
tidak hanya pada paras rupa
tidak juga aku memandang harta
tapi cukup selesa jika setia

Bila aku terlalu banyak bergaul
dengan kebanyakkan yang berusia
yang lebih lama mengenali hidup didunia
sedikit sebanyak mengoyakkan fantasi ku
tentang kebahagiaan
tentang pelayaran kehidupan manusia
yang mengemudi itu kita
dan anak kapal itu boleh dikatakan isteri dan zuriat kita

Mungkin aku terlalu mengimpikan syurga
sehingga lupanya adanya neraka
begitulah aku rasa
dosa dan pahala belum ku kira
siapa aku menentukannya
aku hanya seorang hamba

p/s: Kebahagiaan itu restu dari ibubapa kita.

by: azizianuar




Saturday 22 February 2014

Bunga Mawar itu

Mawar itu kusam
hilang serinya tapi masih berduri
madunya di sedut ramai sang lebah
ditinggalkan sisa
terus berlalu
pergi

Mawar itu menyimpan seribu kisah
kisah yang mungkin perit
dan pahit untuk ditelan
hambar dunianya
diselubungi debu debu dunia

Mawar itu terus menanti
sang embun diwaktu pagi
menyerikan semula kelopak merahnya yang menghitam
membersih segala debuan itu
memberikan harapan untuk menyinar kembali

Mawar itu dipetik
sakit
meninggalkan pokok dan rantingnya
selepas di hadiahkan dijambangan
hanya perasaan itu berkekalan
jambangan pula terbiar bertaburan

Mawar itu ku ambil
ku semai semula
dibaja dengan kasih sayang
dengan harapan bermaya
bernyawa semula

Mawar itu
Tiada silapnya
mungkin salahnya aku
menjaga sepenuh hati namun
kerana godaan dunia
aku pula memetiknya kembali

Mawar itu
terlepas dari jari jariku
gengaman ku berdarah
kerana aku terlupa
adanya duri duri

Mawar itu
menjadi milik sang rusuknya
bahagia ditaman syurga
mungkin disaat aku menoleh kembali
kelopaknya sudah tiada
yang tinggal hanya
duri duri

by: Azizi Anuar

Tuesday 18 February 2014

Teka teki kehidupan

Dia yang berharta
Dia yang sederhana
Dia yang biasa biasa sahaja
Yang mana satu pilihan saudara?

Jika memilih yang berharta
Dia sudah terbiasa
dengan harta dan kemewahan dunia sedia ada
Takut nanti aku merana
tidak mampu memenuhi segala
kemahuan dan nafsu nya
sedangkan aku biasa biasa saja

Jika memilih yang sederhana 
Aku juga dalam dilema
Dia dalam ketegori zon amat selesa
Tidak merasa susah juga
Harus bagaimana?

Jika memilih biasa biasa saja
Dia puas merasa derita
menelan perit dunia
Inginkan merasa senang juga
Punyai harta dan wang berjuta

Sedangkan aku cuma manusia biasa
cuma mahu merasa bahagia
bersama orang yang aku cinta
tetap terus setia bersama


Friday 14 February 2014

Ketakutan manusia

Apabila rupa menjadi kayu ukur
Ternyata aku juga akur
Bila mana tiba waktu uzur
rupawan juga akan tersungkur
selagi tidak merasa syukur
musnahlah juga iman dan timbul pula kufur

mengapa pula menjadi pilu
sedangkan apa didepan mata sudah dijamu
tersedak dengan peristiwa lalu
lidah pula jadi kelu
jangan pernah hilang rasa malu
jangan meminta minta lagi pada yang satu
sudah di hidang segala yang perlu

aku tidak lupa berdoa
akan cuba untuk memberi bahagia
walaupun banyaknya cacat cela
niat juga harus ikut serta
terkadang menatap cermin untuk seketika
alangkah baiknya jika ada juga ikut bahagia

Jika kebahagiaan aku menjadi derita sesiapa
ku sisipkan kata memohon diampunkan dosa
bukan kerana termegah dan menimbul sengketa
kerana pengajaran yang lalu memberi banyak makna

aku juga pernah merasa suka dan duka
merasa kecewa hingga terasa hilang dunia
kerana aku juga manusia biasa juga
adakah ingin merindui sesuatu yang merobek hati dan minda
yang ditinggalkan sudah menemui bahagia
yang meninggalkan juga harusnya juga turut sama

Jalan kini sudah pun bersimpang dua
tiada lagi yang membolehkan untuk bersama
langkah juga sudah berbeza
irama dan melodi juga berlainan rentaknya
mungkin kerana luka
hati mula kebas dengan dusta

Akhirnya ianya bermula semula
setelah segala cerita sahih di telinga dan mata
akhirnya terbuka juga hati menerima
bidadari dunia indah perwatakkannya
terjaga auratnya lembut juga tutur kata nya

Tidak kurang juga paras rupa
comel sentiasa mungkin kerana wudhuknya
hatinya tidak pernah dimiliki sesiapa apalagi disentuh segala
berasa untung juga biarpun muda tapi cukup matang pemikirannya
jauh dari berfoya foya
melayan lelaki pun hanya saudara
mungkin aku merasa bahagia 
cukup bagiku hanya dia

Belum juga menetapkan untuk menerima
rapat tapi ada jaraknya
mungkin akan ku jumpa ayah dan bonda nya
semoga hubungan terhindar dari fitnah dan dosa

Terasa tidak adil jika aku saja bergembira 
tetapi ada yang masih berduka
biarlah aku menunggu semuanya bergembira
barulah aku memulakan langkah mula juga
Ikhlaskanlah setiap perkara semoga kita dan jodoh itu sampai pada waktunya

p/s: nak ambik kursus kawin :)

Thursday 13 February 2014

Perilaku yang munasabah

Asalamualikum dan Salam sejahtera pembuka kata

Jika kita berbicara tentang dunia
tidak ada penghujungnya
Jika berbicara pada cinta
ilusinya bermain diawangan saja
dengan bibit kata manis segala
indah saja pada dimata

Sedarkah kita?
Persengketaan antara manusia
bukan satu cerita baru dan lama
sudah berkurun lamnya juga bertapak di dunia
hingga pernah musnah satu kota
juga tamadun dunia
yang muda tiada keluarga
si ibu merana tanpa raja
suami pula tanpa permaisurinya

Manusia
banyak kurangnya dan ada juga juga kelebihannya
tetapi dimana ia disalurkan mindanya dan perilakunya
tepat pada tempatnya atau menyimpang pada ajaran-NYA

Ada juga masih kolot otaknya
memikirkan betapa ruginya jika tidak melakukan apa saja kerana hidup didunia singkat saja
tidak salah tetapi menjadi dosanya apabila menjadikan diri murah merata rata
sehinggakan ada yang mencuba berdamping dengan sesiapa saja
asalkan dapat bergaya
merasa kemewahan harta
selagi belum berumahtangga kerana ingin meresa syurga dunia
kesana kemari berpoya poya
dengan datuk pula ingin merasa
tidak kurang hebatnya dengan yang kaya raya juga
hinggakan asalkan berkerjaya juga dikejarnya
memang sosial masyarakat dunia perlukan wang dan harta
tapi cara mendapatkannya terselit juga dosa
itu masalahnya dan persoalannya
Sampai bila?
Adakah sekarang sudah bahagia?
Sedangkan di kubur nanti kita semua disenangi dengan berkat doa
bukannya kerana rupa paras, harta dan kebanggaan dunia dimilikinya


Lelaki dan perempuan sama saja
tidak menunding jari kepada sesiapa
ini berlaku dalam sosial masyarakat kita
kita terlalu buta atau sengaja memekakkan telinga
Aku juga terkadang alpa
mengejar dunia hingga lupa ianya bersifat sementara
tapi aku tidak pula hanyut terbiar saja
syukur ada yang masih mengingatkan aku tujuan hidup manusia
bersyukur jika dilahirkan mempunyai agama
semoga akhirat sana diampunkan segala dosa

Sunday 9 February 2014

Laungan perasaan

Ingin ku jerit sekuat hati
tapi bagaimana
sekuat lontaran bom atom jatuh kebumi jepun
segenap Hiroshima terbenam
bolehkah begitu?

Bagaimana ingin ku lontarkan perasaan ini
bukan cerita duka
dan bukan pula cerita pilu dan sedih
tapi kegembiraan ku sekarang
harus macam mana aku ingin gambarkan
biar semua tahu aku

Tapi....
bagaimana pula orang lain?
perlukah aku berbuat sebegitu
sedangkan mungkin ada yang terluka dan berduka
dan aku pula gembira lupa dunia
tidak patut bukan?

Mungkin satu dugaan juga
hari ini mungkin hari aku bergembira dan mereka terluka
esok lusa pula mungkin aku pula merana mereka disaluti gula
adil bukan?

Jadi berpada dalam menzahirkan perasaan
jangan di depan orang tengah berduka
dan jangan pula berduka didepan orang bergembira
harus peka pada situasi mana kita berada

Pelajaran hidup sentiasa ada
indah dunia kerana akal dan minda
kegelapan selalunya berpihak kepada kesombongan
usah lagi memekakkan telinga
telan saja apa yang dikata mungkin ada benarnya
kita juga bukan siapa siapa di dunia
yang baik di ambil sebagai iktibar
yang buruk pula menjadi sempadan kita

Dan jangan pula menerima membabi buta
menjadi boneka bodoh setaraf sampah
diperbodohkan saja ibarat lembu ditarik hidungnya
cuba tengok dan faham sosial dunia
dalami setiap perkara
terima saja bukan caranya
membantah juga kena ada juga faktanya

P/s : seronok bila jumpa gadis muslimah berpakaian dan bertudung dan lebih manis jika ke surau dan masjid bersama...Ya Allah manisnya iman bila terhindar dari maksiat

Saturday 8 February 2014

Pemikiran terlampau

Kepuasan dalam diri tidak akan pernah penuh
walaupun disuap di sumbat di padat rapat 
dan ketat sehingga meluak keluar pun
dengan segala benda dalam dunia

Wajarkah semua menerima hakikat?
Padahal hakikat yang menimpa diri adalah perbuatan khianat
dari orang terdekat dan doa hasad dengki orang sekeliling

Berpura pura itu senjata orang yang lemah
dan agak zalim terhadap orang lain
bahkan kepada orang sekeliling
orang seperti ini hidup dalam kepuraan tidak akan pernah menemui kebahagiaan
dan mempunyai harga diri yang terlalu murah
seperti sampah

Apabila aku sudah menetapkan sesuatu
tidak mungkin akan aku menarik kembali
dan sesuatu yang rosak tidak akan
kembali kepada asal

Kalau ditanya pasal kawen, 
kenapa tidak
jodoh?
sudah ditetapkan
bila?
esok lusa pasti
tapi,
jauh lagi....
pegalaman?
ya..
pengalaman itu yang menyebabkan aku tidak fikir lagi pasal tu


.......untuk buat masa ini

Friday 7 February 2014

Bebelan hati kecil

Segalanya aneh bagiku, 
segala yang berlaku begitu pantas
sehinggakan aku tidak dapat membetulkan semuanya

Ketakutan yang nyata didepan mata
terjadi kerana mamsa lalu
kepada gadis-gadis diluar sana,
bekas kekasih,
kawan lama
yang mungkin terusik hati dan jiwanya
oleh perbuatanku,
aku mohon lepaskan aku,
redhai pengunduran diriku
dari hidup kalian.

Dugaan dunia yang semakin laju mengorak langkah
dan corak kehidupan yang agak mustahil 
untuk dikejar dan keterbatasan manusia melakukan sesuatu
kadang-kadang mebuatku tertekan

Kuasa dan wang,
kita diperintah dan dijajah oleh dua ciri ini.
Desebabkan dua ciri ini 
ketidakjujuran dan penyelewangan berlaku

Cinta pula adalah ilusi minda
dan khayalan saja ibarat mimpi indah
yang menjanjikan sejuta impian dan harapan
semangat yang patah,
dugaan dan rintangan,
memori....

Permainan baru saja bermula