Manusia itu
kadang keliru
mungkin cuba meluahkan sesuatu
tapi lidahnya kelu
mungkin kerana kisah lalu
kadang mahu
kadang tidak tahu
Manusia ini
cuba untuk menyendiri
terlalu banyak terbuku dihati
mungkin ingin merasa kembali
perasaan dicintai
perasaan disayangi
tapi
masih cuba mengatasi
perasaan diri sendiri
maka tertunda niat dihati
Manusia itu sekarang
masih berperang
masih berjuang
terlalu banyak yang kurang
belum mampu mencurahkan kasih sayang
kepada seseorang
Manusia ini
masih memperbaiki diri
cuba mencari rentak sendiri
jatuh terkapai terus berdiri
mungkin ini
hikmah dan dugaan ilahi
harus dihadapi
harus diatasi
Manusia ini
adalah diri
aku sendiri
by: azizianuar
kadang keliru
mungkin cuba meluahkan sesuatu
tapi lidahnya kelu
mungkin kerana kisah lalu
kadang mahu
kadang tidak tahu
Manusia ini
cuba untuk menyendiri
terlalu banyak terbuku dihati
mungkin ingin merasa kembali
perasaan dicintai
perasaan disayangi
tapi
masih cuba mengatasi
perasaan diri sendiri
maka tertunda niat dihati
Manusia itu sekarang
masih berperang
masih berjuang
terlalu banyak yang kurang
belum mampu mencurahkan kasih sayang
kepada seseorang
Manusia ini
masih memperbaiki diri
cuba mencari rentak sendiri
jatuh terkapai terus berdiri
mungkin ini
hikmah dan dugaan ilahi
harus dihadapi
harus diatasi
Manusia ini
adalah diri
aku sendiri
by: azizianuar
No comments:
Post a Comment
sahabat yang merentas masa