Mawar itu kusam
hilang serinya tapi masih berduri
madunya di sedut ramai sang lebah
ditinggalkan sisa
terus berlalu
pergi
Mawar itu menyimpan seribu kisah
kisah yang mungkin perit
dan pahit untuk ditelan
hambar dunianya
diselubungi debu debu dunia
Mawar itu terus menanti
sang embun diwaktu pagi
menyerikan semula kelopak merahnya yang menghitam
membersih segala debuan itu
memberikan harapan untuk menyinar kembali
Mawar itu dipetik
sakit
meninggalkan pokok dan rantingnya
selepas di hadiahkan dijambangan
hanya perasaan itu berkekalan
jambangan pula terbiar bertaburan
Mawar itu ku ambil
ku semai semula
dibaja dengan kasih sayang
dengan harapan bermaya
bernyawa semula
Mawar itu
Tiada silapnya
mungkin salahnya aku
menjaga sepenuh hati namun
kerana godaan dunia
aku pula memetiknya kembali
Mawar itu
terlepas dari jari jariku
gengaman ku berdarah
kerana aku terlupa
adanya duri duri
Mawar itu
menjadi milik sang rusuknya
bahagia ditaman syurga
mungkin disaat aku menoleh kembali
kelopaknya sudah tiada
yang tinggal hanya
duri duri
by: Azizi Anuar
hilang serinya tapi masih berduri
madunya di sedut ramai sang lebah
ditinggalkan sisa
terus berlalu
pergi
Mawar itu menyimpan seribu kisah
kisah yang mungkin perit
dan pahit untuk ditelan
hambar dunianya
diselubungi debu debu dunia
Mawar itu terus menanti
sang embun diwaktu pagi
menyerikan semula kelopak merahnya yang menghitam
membersih segala debuan itu
memberikan harapan untuk menyinar kembali
Mawar itu dipetik
sakit
meninggalkan pokok dan rantingnya
selepas di hadiahkan dijambangan
hanya perasaan itu berkekalan
jambangan pula terbiar bertaburan
Mawar itu ku ambil
ku semai semula
dibaja dengan kasih sayang
dengan harapan bermaya
bernyawa semula
Mawar itu
Tiada silapnya
mungkin salahnya aku
menjaga sepenuh hati namun
kerana godaan dunia
aku pula memetiknya kembali
Mawar itu
terlepas dari jari jariku
gengaman ku berdarah
kerana aku terlupa
adanya duri duri
Mawar itu
menjadi milik sang rusuknya
bahagia ditaman syurga
mungkin disaat aku menoleh kembali
kelopaknya sudah tiada
yang tinggal hanya
duri duri
by: Azizi Anuar
No comments:
Post a Comment
sahabat yang merentas masa