Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Monday 30 April 2012

Jauh nun di sana...Italy

Annyeong...

Salam semua...

Hari ni hepi sangat, rasa nak baling Ebobob dari tingkat 2...haha...Ebobob yang dulunya berkurung didalam bilik kembali ceria setelah mendapat hadiah dari kawan nya si Ami...setelah sekian lamanya akhirnya selamat sampai hadiah yang ditunggu selama ini...Dulunya kurus dan turf kini kembali mengembang..

Entry kali ni just nak ucapkan setulus ikhlas TERIMA KASIH kepada penganjur Doodle rakan Aminah kat Group WLA a.k.a We Love Art..Pertama kali join contest cmni...aku dah lama tak berkarya di WLA ni maaf banyak2 kawan2 semua...otak terasa beku nak berkarya kerana hilangnya punca ilham dan kemalasan bertambah 3 kali lipat ganda dari biasa...

Kepada Group WLA aku sangat berterima kasih kerana wujudnya Group ni secara tidak langsung membangkitkan semangat aku nak berkarya kembali walaupun sudah agak lama aku tak bermanja dengan pencil dan pemadam...aku ni jenis oldskool la mana reti guna software nak lukis digital... =_=" pernah cuba tapi tak se OHSEM kawan2 di Group WLA...diorg semua PRO...hehe...dan berterima kasih kepada kawan aku WAN HAZEL kerana sudi meng-add (apa punya BM aku guna) aku di group tu...ekeke

ni la Ebobob...selamat perkenalan semua

Keychain dari Italy yang baru aku terima hari ini dan Keychain dari Melaka yang mak aku bagi 2 tahun lepas hehe

Tadaaaaaa...hadiah aku terima ;) TERIMA KASIH BIKA hehe

Saturday 28 April 2012

Sabtu bersama mereka

Annyeong...

Salam semua....

Aktiviti hari sabtu aku tak seperti biasa duduk di bilik menatap laptop dan menbaca timeline yang tak sudah tiada penghujungnya...buat pertama kalinya aku keluar memberikan peluang cahaya matahari yang panas terik membakar kulit ku yang baru je nak cerah balik..hehe..jadilah manusia panggang =_="

Pagi - pagi lagi aku set jam sebab nak bangun awal nak kemas rumah cepat - cepat sebab tgh hari nak gerak dah g UNIMAS, kawan aku main Bola Jaring kul 2 ptg tu...eh aku ni dh buang tabiat ke?..dari zaman skolah mana la minat tgok sukan perempuan ni..haha...tapi semangat PINK pasukan sorak dan semangat kesukanan + persahabatan aku gagahi jua dan SERIOUSLY memang best..sambil nak terkeluar anak tekak sokong team kawan aku tu...**hakikatnya aku teriak sebut nama kawan aku tu je** ekekeke

Tapi team kawan aku kalah...dapat tempat kedua ;) tapi aku sangat berterima kasih sebab sudi ajak aku g tengok perlawanan tu..sekurang kurangnya aktiviti Sabtu aku tak la sentiasa bosan...hehehe...aku sempat g amik gambar dan vid...




p/s: Pasukan sorak Qienah bertemakan Pink (termasuk la aku sekali) dan team lain xda pasukan sorak...LOLX

Friday 27 April 2012

Jatuh cinta dengan Samsung Galaxy Note

Annyeong...

Salam semua...

Ya aku kembali menyemak macam semak yang dah lama tidak di potong berkurun lama nya macam dizaman dinosor...RAWRRRR...aku baru je plan nak off9 laman sosial aku ni selama sebulan akhirnya aku mengalah lelah dan TULAH...errr...STOP...dah 3 hari aku menyepi dari laman sosial..notification FB pulak tak larat nak baca...selalu notification tu 1 je...haha...

Ok taknak la memeningkan kepala korang..nak masuk tido dh ni jam pun dah kul 3.40 am...ni la sebab nya aku terkadang nak rehat dari laman sosial sebab aku susah nak tido bila menghadap laptop ni...ok aku tipu je la...saja nak menjadikan internet kambing hitam untuk dipersalahkan...kenapa la aku susah sangat nak tido...

Oh ya...esok aku dah janji dengan kawan aku nak g sorak member..member aku ada pertandingan bola jaring...bertema kan warna PINK aku pun mengagahkan diri guna warna tu...haha...bila pakai warna tu aku selalu cakap kat diri sendiri "wearing pink is not a crime"..salah ke kalau pakai kaler tu?adakah warna tu hak mutlak jantina bernama wanita? lalalala...tak amik kisah pun...just pakai je la bukan hati aku berbunga pun..

Panjang lebar saja nak bagi exercise mulut korang membaca intro yang tiada kaitan dengan gambar dibawah...so aku memang dah jatuh CINTA dengan SAMSUNG GALAXY NOTE...sangat OHSEMMMM...abaikan pic aku tu...masa ni aku tgh berkain pelikat baru pas solat Isyak...


p/s: nak explore apps benda alah ni habis habisan memang tak cukup satu hari... =_="

Tertido di rumah perempuan??

Annyeong...

Salam semua....

Selamat berhari Jumaat dan sesungguhnya aku tahu di hati korang melompat kehgembiraan disebabkan esok cuti...betul tak?....bagi yang berkerja tu memang hepi separuh mati sebab dapat bermalas-malasan esok hari...dan bagi orang macam aku ni memang takda beza weekday dan weekend...oh aku hampa...hampa macam aiskrim cair dan tak sedap dimakan buang terus dalam parit tepi rumah...

Malam tadi aku kuar gi melepak..melepak bukan la melepak kosong macam pelesit mat rempit or mat pit...aku gi menziarah kawan aku...chewah aku tetiba nak rasa nak guna word "menziarah"..ya agak berlagak sopan kan...hahaha...kawan aku perlukan suara katak bawah tempurung aku ni untuk buat assignment dia...kitorang kenal pun masa diorg amik aku shooting untuk filem pendek diorg aritu so sekarang kira dah masuk list best fren aku la diorg semua tu...

Maklum la aku ni jarang nak kuar rumah dan sekarang destinasi aku sekarang melepak di rumah diorg je..malam tadi masuk 2 kali aku melepak kat sana..dan aku sentiasa takut nak lepak dirumah diorg...takut bukan sebab ada hantu, bukan juga sebab diorg ni gengster or pembunuh yang psyco tapi aku takut sebab rumah tu rumah perempuan..hahaha..bapak aku pesan mesti hati2 niat kita baik tapi orang sekeliling jiran2 disekitar rumah tu tak berfikiran sama seperti kita..

Ok untuk mengelakkan salah faham jiran tetangga atok nenek anak murid cucu cicit umah sebelah rumah diorg kita lepak buka pintu luas2 kalau boleh nak robohkan dinding tu sekali biar nampak luas...hahaha...nak rakam suara ala2 Jang Geun Suk mesti la nak suasana sunyi sepi macam tengah duduk dalam lubang 7 kali ditengah hutan belantara..MELAMPAU ;P

Semantara tunggu suasana sunyi sepi kitorang borak2 la dan melakukan sistem barter di zaman moden ni...kitorang trade drama korea..lalala..dipendekkan cerita suara aku ni akan dimasukkan untuk suara latar iklan dalam asigment diorang itupun kalau suara aku lepas la...macam suara katak dengan antonasi english lintang pukang pereahu terbalaik langgar kapal pecah...hahaha

Dipanjangkan cerita balik, tengah aku merehatkan mata rabun jauh buah hati kesayangan aku ni...sedar tak sedar aku terlelap di bantal chibi maruko-chan diorang..so for the 1st tym aku berambeh dirumah perempuan...hahaha...bangun dengan semangat berkobar2 cuci muka lap dengan sapu tangan pink aku dengan sekali lafaz menghabiskan bacaan untuk iklan tu...teringat pulak masa aku masih study dulu berjaga buat asignment...ekekeke

nak kena baca dengan antonasi yang betul


Sekian Terima Kasih semua =_="

p/s: lepak rumah perempuan jangan berniat jahat dan yang penting mesti ajak semua kaum kerabat yang ada dirumah tu diruang tamu nak tido pun kena paksa diorg tido diruang tamu jgn berdua sebab syaitan sentiasa menunggu untuk masuk line... =_=" aku balik pukul 4.30 pagi

Sunday 22 April 2012

Agak lama tak updated..apa aku buat selama ini??

Annyeong..

Salam semua...

Terima Kasih kepada orang yang request entry baru masalahnya aku takde benda nak bagi korang baca dah hampir seminggu aku tak update blog aku ni..aku hargaila kepada yang sudi membaca...sebab blog aku ni ibarat hidup segan mati tak mau je kan...

Setakat nak sharing tentang hidup aku je memang la agak bosan kan lagipun aku ni tak pandai nak buat tutorial about something memang aku tak pandai...kertas lukisan aku tak jenguk lagi nak berkarya memang takde la berminggu mingu ni...tangan pulak dah keras nak melukis...walaupun setakat hobi je kan...Matlamat hidup aku kejar masa berseronok dah takde dh...Hari tu naik turun ulang alik lagi sebab nak uruskan transcript aku..kalau tak kuar memang kena tunggu lagi la...aku tahu mungkin ini hanya dugaan, sebab aku psti semakin besar dugaan kemanisan yang aku dapat munkin berbaloi kelak...

Aku harap benda ni dapat di luluskan secepat mungkin sebab aku sangat memerlukan sekeping kertas itu untuk mencapai tujuan ku pendam selama ini dan seterusnya akan membolehkan aku mengecapi cita-cita ku..aku tahu itu memang susah tapi keyakinan itu harus ada dalam apa yang kita buat dan yang penting keikhlasan niat itu dalam sesuatu perkara yang kita buat...

Dan aku sangat berterima kasih dan bersyukur dalam kesibukan aku ALLAH mengurniakan aku dengan kawan-kawan baru..agak lama aku tak keluar dari lubuk terdalam hatiku membawa diri dari dunia luar yang mudah menyesatkan manusia..Dalam kesusahan aku, aku cuba menyenangkan orang disekeliling ku kerana aku yakin setiap yang ikhlas kita lakukan akan ada balasan dari ALLAH kepada umat nya berbuat kebaikan...aku sering berpegang pada prinsip diri bahawa berkawan itu kena ikhlas dan jangan sesekali melibatkan hati dan perasaan yang berlebihan..

Akhir kata dari aku untuk sahabat aku yang ikhlas menerima aku seadanya dan banyak kekurangan dan berkongsi memori membuatku tersenyum kembali dan merubah perspektif aku terhadap sesuatu perkara...dan yang pasti mereka adalah terbaik yang pernah muncul dalam hidpu aku



Sunday 8 April 2012

Tersasul


Annyeong...

Salam semua....

Mai sini hang nak habaq kat depa kisah awek ni...dia ni pandai cakap sarawak...best la borak2 bahasa swak dgn dia ni..

Eh...napa aku melalut ni...sori2..ni kisah lucu...**agak lucu gak bagi aku dan ini kisah benar bukan rekaan

Ada seorang budak bernama Piqah...straight to the point...bagi nama dan link terus...dia memang pure orang semenanjung tau tapi fasih cakap sarawak...dan amat meminati dan memuja lagu W** H**** cer korang usha blog Piqah hehe   **mati aku kang dia baca ni komfem mengamuk..

Kisah bermula....

Dia ni g beli makanan Rabbit dia tersasul pulak cakap sarawak ntah apa la dia dok pikir masa tu...hehe

"pakcik, ada sik makanan arnab, juak brapa harga?"

dengan muka slumber dia cakap kat tuan kedai...hehe
**(tak dapat nak bayangkan la perasaan dia masa tu)**

 Pak cik kedai tu dengan muka blur tgok muka Piqah...muka sedikit demi sedikit mengukir senyuman dan di susuli dengan gelak ketawa...
**mesti muka dia tengah merah pekat...hahaha**

p/s: jangan tweet or ber-FB kalau pegi kedai...haha...kepada tuan punya badan jangan marah ea ;D nak tau betul ke tidak tanya tuan badan kalau nak tahu kisah sebenar hehe...dan entry ni pn diatas izin tuan punya badan..

Thursday 5 April 2012

Kebiasaan yang tak biasa manusia biasa

Annyeong...


Salam semua....


Sejak dua menjak ni aku jarang breakfast..so bila tengah hari pulak selera pulak takde nak makan...so aku paksa diri aku makan dengan bernyanyi di dapur dan menyiapkan santapan untuk perut kesayangan yang sudah berbunyi gendang dan keroncong macam karnival hari kebudayaan sekolah rendah... ekeke


so menu hari ni...(baru lepas makan dan terus update entry dengan perut kenyang senyum suka hati)...**erkkkkk...EXCUSE ME =_="


nasi goreng

Sayur dan Ikan

Tapai **mak buat**
p/s : normal la orang bujang sarapan dan makan tengah hari di-sekali-kan dalam satu masa... =_="

Wednesday 4 April 2012

Hitam vs Putih

Annyeong...

Salam semua.....



p/s : hidup manusia hitam dan putih

Kuah Kacang + Ayam goreng + Ketupat Instant

Annyeong...

Salam semua....

Disebabkan hari ni hari rabu so aku malas nak cakap panjang lebar macam si mamak berbadan besar gelap gelita menebarkan roti canai berpusing 360 darjah yang selalu di salah sangka UFO... ekeke

Hari ni aku masak...sekian TERIMA KASIH...tu je **takde motif**

Ayam goreng hangus akibat mengoreng sambil tido...sekian terima kasih


ketupat instant sebab senang mudah dan cepat disediakan...(nak g cari daun nak buat anyam lagi...tak sanggup wei)

kuah kacang/kuah satay (sarawakian)

p/s : aku mengantuk tak cukup tido...jemput makan ye ;')