Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Likes

nuffnang2

Sunday, 8 November 2015

Akar hati

Tak semudah seperti yang kau kira
dalam hal memberi hati
amatlah berhati hati
kadang terlalu berhati
cinta pergi
luka sendiri
terus menyendiri

Tapi
akhir akhir ini
segala seperti yang kau pernah lalui
terjadi lagi
tanpa kau ramalkan terjadi

kau mampu merancang yang kau hendaki
yang kau dapat amat berbeza sekali
kau kira untung rugi
kau tidak peduli lagi
teruskan saja janji puas hati

akibat perbuatan sendiri
tergadai semua janji
indah saja mulut berkata itu ini
kau kira kau pasti
apa yang fikir dan rasai
cukup untuk mengadili?

cuba tanya perasaan sendiri
seronok melukai?
seronok dilukai?
perasaan lain belum lagi
di ambil kira segala segi
segenap inci persegi

dunia ini bulat seperti kau ketahui
perasaan kau bunuh dan mati
pengharapan yang diberi
ibarat satu virus yang meracuni
membunuh perlahan si pemberi hati
yang cuba untuk merasai kembali
rasa cinta yang hilang tidak dirasai

usahlah begitu yakin
dengan apa yang kau ada
dengan satu kesilapan yang ada
kau rasa tidak layak untuk memberi maaf kepada insan lainnya?
kita manusa silap itu biasa
ada sebab kenapa

persoal kejujuran untuk apa?
kau sendiri tidak pernah yakin pada mereka
untuk apa memperjuangkan rasa yang kau sendiri tidak mengerti?
paling pahit kau biar seorang tertanya kenapa
tanpa sebab kau hilang
kau kurang percaya pada dia
kau hukum dia
kau rasa layak?
pernah kau kira kenapa dia begitu?

kau bagi masa
bukan seksa dia
sebab aku pernah rasa
aku cuba nasihati

kalau kau tahu rasa sakit itu
aku rasa kau pun takkan mampu

Akarnya,
dari kita sendiri
cuma berbeza hati

p/s: susah betul nk tido...cuma coretan dari mimpi

iboh makan cabik pedas haha

by:mitsukizuzie




No comments:

Post a Comment

sahabat yang merentas masa