Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Wednesday, 11 November 2015

Percaya

Bukan mudah untuk setia
Jika kau masih punya rasa
rasa yang masih tercari kesempurnaan
kesempurnaan dalam bahagia

Sayang yang diluah mudah
untuk membuktikan payah
pahit kau cuba telan lalu kau ludah
kau pasrah dah menyerah

Cuba hilangkan kisah lama
untuk mengantikan hati yang lara
kau bertanya mengapa
akhirnya kau kecundang kecewa

Lalu kau berikan alasan?
amat mudah kau letakkan kesalahan
pada seorang insan
yang hanya perlukan teman
akibat terlalu lama kesepian

Kau sentuh hatinya
kau janjikan segala yang kau ada
dengan semanis kata
akhirnya kau rasa kau yang terluka
padahal dia lebih terkesan dengan akibatnya

Lalu kau berikan alasan demi alasan
baginya sudah biasa
diletakkan salah dibahunya
beban bertimpa timpa
mungkin kau rasa mudah baginya
berat hatinya menahan duka
ada kau kira?

Masih ada menuduh tanpa bertanya
dengan siapa dia bersama
dengan siapa dia berbicara
dengan siapa melayari jiwa
akhirnya disebabkan rasa curiga
masing masing mendapat bahana nya

kerana hilangnya rasa di dada
kurangnya rasa cinta
perasaan yang kecewa lama
membawa kau satu tahap membuka luka
luka lama
walaupun kau bersama
dengan insan lain akan tetap sama

selamanya kau akan tetap akan rasa kosong
rasa kehilangan
disebabkan hanya kerana
kau sia siakan rasa
percaya

by: azizianuar

p/s: asyik kena tinggal...penat setia alahai...



No comments:

Post a Comment

sahabat yang merentas masa