Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Sunday, 23 February 2014

Kerana sebuah kebahagiaan

Sesekali aku terkadang termenung
bukan kerana mengenang
tapi cuma berfikir
perkara yang berlaku dalam hidup ini
ikatan aku sesama manusia
adakah terpelihara
adakah diredha
ataupun menimbukan sengketa

Aku mungkin cepat merasa puas
mungkin kerana aku tidak terlalu mengejar
permainan dunia yang tiada pernah cukup nikmatnya
kerana keinginan paling dalam di sudut hatiku
hanya mahu mencari bahagia
tidak hanya pada paras rupa
tidak juga aku memandang harta
tapi cukup selesa jika setia

Bila aku terlalu banyak bergaul
dengan kebanyakkan yang berusia
yang lebih lama mengenali hidup didunia
sedikit sebanyak mengoyakkan fantasi ku
tentang kebahagiaan
tentang pelayaran kehidupan manusia
yang mengemudi itu kita
dan anak kapal itu boleh dikatakan isteri dan zuriat kita

Mungkin aku terlalu mengimpikan syurga
sehingga lupanya adanya neraka
begitulah aku rasa
dosa dan pahala belum ku kira
siapa aku menentukannya
aku hanya seorang hamba

p/s: Kebahagiaan itu restu dari ibubapa kita.

by: azizianuar




No comments:

Post a Comment

sahabat yang merentas masa