Apabila rupa menjadi kayu ukur
Ternyata aku juga akur
Bila mana tiba waktu uzur
rupawan juga akan tersungkur
selagi tidak merasa syukur
musnahlah juga iman dan timbul pula kufur
mengapa pula menjadi pilu
sedangkan apa didepan mata sudah dijamu
tersedak dengan peristiwa lalu
lidah pula jadi kelu
jangan pernah hilang rasa malu
jangan meminta minta lagi pada yang satu
sudah di hidang segala yang perlu
aku tidak lupa berdoa
akan cuba untuk memberi bahagia
walaupun banyaknya cacat cela
niat juga harus ikut serta
terkadang menatap cermin untuk seketika
alangkah baiknya jika ada juga ikut bahagia
Jika kebahagiaan aku menjadi derita sesiapa
ku sisipkan kata memohon diampunkan dosa
bukan kerana termegah dan menimbul sengketa
kerana pengajaran yang lalu memberi banyak makna
aku juga pernah merasa suka dan duka
merasa kecewa hingga terasa hilang dunia
kerana aku juga manusia biasa juga
adakah ingin merindui sesuatu yang merobek hati dan minda
yang ditinggalkan sudah menemui bahagia
yang meninggalkan juga harusnya juga turut sama
Jalan kini sudah pun bersimpang dua
tiada lagi yang membolehkan untuk bersama
langkah juga sudah berbeza
irama dan melodi juga berlainan rentaknya
mungkin kerana luka
hati mula kebas dengan dusta
Akhirnya ianya bermula semula
setelah segala cerita sahih di telinga dan mata
akhirnya terbuka juga hati menerima
bidadari dunia indah perwatakkannya
terjaga auratnya lembut juga tutur kata nya
Tidak kurang juga paras rupa
comel sentiasa mungkin kerana wudhuknya
hatinya tidak pernah dimiliki sesiapa apalagi disentuh segala
berasa untung juga biarpun muda tapi cukup matang pemikirannya
jauh dari berfoya foya
melayan lelaki pun hanya saudara
mungkin aku merasa bahagia
cukup bagiku hanya dia
Belum juga menetapkan untuk menerima
rapat tapi ada jaraknya
mungkin akan ku jumpa ayah dan bonda nya
semoga hubungan terhindar dari fitnah dan dosa
Terasa tidak adil jika aku saja bergembira
tetapi ada yang masih berduka
biarlah aku menunggu semuanya bergembira
barulah aku memulakan langkah mula juga
Ikhlaskanlah setiap perkara semoga kita dan jodoh itu sampai pada waktunya
p/s: nak ambik kursus kawin :)
No comments:
Post a Comment
sahabat yang merentas masa