Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Sunday 18 September 2011

Aku mampu sebab aku minat

Annyeong,


aku nk cita pasal drama korea sapa2 Anti-Kdrama sila jangan baca....


Sebelum korang baca lebih lanjut.....emmmm....


PEMBERITAHUAN FAKTA::



  • 1 episod = 1 jam
  • 1 drama ada 16 episod (ada gak melampau sampai 20++) = 16 jam (ikut berapa bil. episod)
ada yang sanggup dan nak join aku tengok 1 drama one go tak?? sila angkat tangan macam saya (tiru word ucop wilcha)





Ok, aku arini baru je habis tengok 16 episod drama My Girl Ss A Gumiho http://www.epdrama.com/drama/my-girlfriend-is-a-gumiho/...ini bukan la drama korea yang pertama aku tengok byk dh Kdrama aku layan tetapi kenapa aku nk highlight pasal cita ni lak?




Ini la sebab nya:

  • cerita ni dapat menyentuh jiwa (sebenarnya aku ni jenis keras hati dan x mudah tergoyah dengan jiwang2 ni tetapi aku memang tabik la boleh wat my heart move)
  • childish nya perangai si GUMIHO (sweet sangat2 dan x mudah putus asa dengan perasaan nya terhadap lelaki yang di sukainya)
  • mengajar jangan mudah percaya pada khabar angin jika tidak mendengar dari tuan punya diri (memang la dunia ni banyak orang dengki bila tengok orang bahagia so pada yang tengah berkapel tu jangan la mudah percaya pada cerita2 kurang elok pasal pasangan anda)
  • mengambil berat tentang perasaan pasangan (macam si GUMIHO tu sangat mengambil berat sanggup jadi stalker lelaki yang disukai tengah shooting ke negara china)
  • menjaga perasaan pasangan (sekarang jarang dan susah kita menjumpai sifat seperti ini dalam hubungan bila masa susah si pasangan mementingkan perasaan sendiri dan mengabaikan pasangan mereka tidak seperti si GUMIHO yang sanggup perasaan sendiri terluka agar si lelaki yang disukainya tidak terluka)
  • tidak mudah putus asa (walaupun si GUMIHO berkali kali ditinggalkan dia tetap percaya pada si lelaki tersebut dan tetap menunggu, kalau korang la komfem dah dapat penganti ke-esokan harinya kn kn..haha)
  • sanggup berkorban apa saja (si GUMIHO sanggup gadaikan nyawanya demi si lelaki yang disukainya)
  • tidak mudah kecik hati (si GUMIHO x pernah amik hati bila di maki hamun oleh lelaki disukainya, kalu korang BF/GF tegur sikit terus nak merajuk berbulan bulan or break up)
  • percaya pada perasaan sendiri dan perasaan pasangan anda (si GUMIHO memberikan sesuatu yang berharga pada si lelaki yang di sukainya dan si lelaki itu menjaga pemberian si GUMIHO dengan bersungguh so korang amik la iktibar bila kekasih korang amanahkan perasaannya so jagalah cintanya sebaik-baiknya)
  • bersyukur dengan pemberian kekasih anda walaupun anda ada berlambak-lambak benda itu di rumah or korang sendiri mampu beli ntuk korang sendiri dan korang kurang minat dengan hadiah itu (si GUMIHO bersungguh kumpul duit ntuk membelikan hadiah kepada si lelaki yang disukainya walaupun benda itu bukan la benda yang diinginkan tetapi lelaki itu menerima dengan gembira hadiah itu, so korang amik la iktibar ye walaupun kekasih anda memberikan pensil 2B..hekhek)
  • jaga tingkah laku (ini perlu ditegaskan sebab banyak sangat masalah sosial yang berlaku disekitar kita bila berkapel memang x sah kalau x pernah "make love" **aku x maksud semua kapel OK!!** walaupun si GUMIHO tu tinggal berdua dengan lelaki tu tetapi mereka tidak pernah pun nak over2 sesama sendiri haha...P/S:: umat islam wat ringan2 tu dosa tanggung sendiri la ye)
ada banyak lagi iktibar baik2 yang ada dalam cerita tu tapi cukup la setakat ini yang lain2 korang cari dan faham sendiri dan pas korang tengok cerita tu...

DRAMA LIST YANG AKU DAH ABIS TONTON
  • Boy Over Flower (cerita pertama aku layan drama korea)
  • City Hunter (Lee Minho tu iras2 aku..perasan btol aku ni kan..haha)
  • Coffee Prince (semenjak aku tgok aku mula la minat dengan Yoon Eun Hye)
  • Dream High (mula jatuh cinta pada SUZY Miss A)
  • Heartstring (lagi-lagi jatuh cinta pada Park Shin Hye pulak)
  • Iris (romantik giler la)
  • Lie to me (sebab aku nak tengok Yoon Eun Hye sangat2)
  • My GF is a Gumiho (berjaya mengoyahkan hati batu dan meretakan nya haha)
  • My Princess (awek dia cute la)
  • Personal taste (sangat cool la cinta tanpa diduga)
  • Protect the Boss (nak jugak awek yang dapat protect kita)
  • Secret Garden (sapa nk switch tempat dengan aku??haha)
  • Witch Yoonhee (awek garang gersang mencari cinta la konon nya)
sapa la x suka bila orang yang kita sayang tengah pelok

cantik tak??lesung pipi tu penambah seri

kalau cium pipi tu tandanya?? cari la sendiri k hehe


nak aku list MOVIE KOREAN yang aku dh abis tonton gak ke?? Next entry...OKEY??


No comments:

Post a Comment

sahabat yang merentas masa