Sengaja atau tidak
keinginan atau kemahuan
nafsu atau keperluan
bukan ketentuan
yang di impi
yang di korek gali
yang dikejar berlari
semuanya ada tempoh sendiri
ada jangka hayat sendiri
tapi yang pasti
yang aku nak
yang kau hendak
tidak sama
yang kau idamkan
yang aku inginkan
tidak seiring sejalan
tiada persamaan
kesetiaan dan kejujuran
keselamatan dan jaminan
menjaga kehormatan
dalam perhubungan
menuju kebahagiaan
tetap yakin dan bertahan
walaupun diuji pelbagai halangan
itu sebagai panduan
ini yang aku cari
by: azizianuar
No comments:
Post a Comment
sahabat yang merentas masa