Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Wednesday, 2 April 2014

Hentikan

Kadang bila aku diam
orang akan terus meragam
masih giat mahu mengecam
hingga nampak zalim dan kejam
Tak pernah cuba faham
masih meluahkan geram
macam taburkan garam
pada luka lalu yang dalam
yang sudah lama aku padam

Kenapa masih menjaja cerita?
Tidak pernah puaskah saudara
Menabur fitnah dan sengketa
kerana mahu menutup salah kau yang nyata?
kerana kau tahu kebenaran sukar diterima
Tapi harus bagaimana
sampai satu tahap nanti akan ku bongkar jua
kerana tahap kesabaran aku nipis saja
aku manusia biasa
tidak sekuat raksasa

Ingin ku lihat juga kau bahagia
walaupun bukan lagi bersama
ku titipkan doa
semoga kau menjaga diri disana
tapi balasannya
kau buka kisah lama
cerita aib sendiri pada mereka
tapi yang nampak jahatnya aku terpalit duka
sampai bila?

Sudahlah wahai bekas pemilik hati
Doakan juga kebahagiaan aku disini
yang lepas sudah jauh pergi
jangan di kenang kembali
sakitnya tiada terperi
masa kau rebah, bangun, berdiri
aku pernah berada disisi

Ya, kau kata aku tidak pernah jaga kau kan?
semasa kau demam panas aku berjaga semalaman
aku redakan kepanasan
masa aku sibuk, aku cuba cari alasan
supaya sentiasa ada jika kau memerlukan
pertolongan dan perhatian
berusaha memenuhi segala kemahuan dan permintaan
mungkin kau sudah lupa kan?
Tidak apa, biarlah tinggal kenangan
dan aku cuba kawal keadaan
supaya tidak menganggu gugat persaudaraan
cuma aku minta satu saja wahai mantan
Tolong hentikan

by: azizianuar



No comments:

Post a Comment

sahabat yang merentas masa