Kehidupan ini
tidak semestinya dapat apa yang kita mahu
apa yang kita nak lain pula kita dapat dan perlu
kadang kadang terlalu meminta melulu
tidak elok juga begitu
terlalu mengharap pada yang beribu
akan merana jiwa dan kalbu
selalu berdoa pada yang satu
mintalah berpada apa yang perlu
bukan doa menjatuhkan hamba dan saudara mu
doalah untuk kebahagiaan semua
Kenapa?
Kita tidak tahu hayat kita di dunia
berapa lama dan penghujungnya mcam mana
kita hanya perlu redha
dengan apa yang di depan mata
bukan berserah sahaja tanpa usaha
kerana apa yang kita pilih pada hari ini
risikonya kita sendiri akan tanggung di akhir nanti
Hubungan sesama manusia pula
kena menjaga tingkah laku
kena ada rasa malu
bukan disuap sesudu madu
lalu menyerahkan seluruh raga dan kalbu
kerana ketidakjujuran yang berlaku
akan menarik kamu
kerana Allah swt tahu
niat hati yang terbuku
Jangan pernah rasa terbuang
dalam kehidupan banyak yang kurang
tidakkah kau berfikir masa mendatang
suami atau isteri kau juga akan curang
kau juga akan punya anak lelaki yang matang
kau juga akan punya anak perempuan yang kau sayang
setiap perkara yang kau lakukan sekarang
akan balik juga kepada orang yang kau sayang
seperti bomberang
by: azizianuar

No comments:
Post a Comment
sahabat yang merentas masa