Tidak perlu
meluahkan sesuatu
mencurah gula dan madu
ibarat menamam tebu
di bibirmu
menambah kemanisan pada syahdu
menabur garam pada luka itu
merobek semula kisah lalu
Tidak mahu
membebankan hidup tetamu
yang ada disisi mu
yang aku tahu
sudah pun terbuku
jangan lagi menegakkan benang basah itu
dengan cerita cerita palsu
yang bermain di muka buku
hingga ada yang pilu
dengan status status itu
Tidak malu
atau tidak mahu
untuk meminta maaf kepada Tuhan mu
ikhlas sujud diampuni kesilapan lalu
kerana kita tidak tahu
kemana dan setakat mana arah tuju
hidup mu dan juga hidup ku
Hanya berserah pada yang satu
Allah saja yang tahu
by: azizianuar
p/s: sekali langkah sudah ke jalan Allah jangan pernah jatuh dan undur langkah kerana setiap usaha akan sia sia
No comments:
Post a Comment
sahabat yang merentas masa