Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Saturday, 8 March 2014

Terima Kasih

Mak dan Ayah
bukan aku tidak cuba mencari dan memberi menantu
aku harap mereka sabar menunggu
kerana aku belum menjumpai yang satu

Mak dan Ayah
bukan aku berhenti mencari cinta
bukan aku berhenti mencinta
kerana aku tidak berjanji akan setia
kerana belum menjumpai orang yang setia

Mak dan Ayah
bukan aku menjadi hamba yang alpa
bukan aku sengaja berbuat lupa
kerana aku belum berjaya
kerana aku belum sempurna
kerana aku belum cukup yang lima

Mak dan Ayah
ku janji dengan tulang empat kerat ku
ku buat mereka akan berbangga dengan kejayaan ku
aku akan memberikan kebahagiaan kepada kamu
sehingga akan memadam segala duka dan pilu
peristiwa yang lalu

Mak dan Ayah
ku mohon keampunan dari mu
ku mohon kemaafan dari mu
kerana aku pernah berbuat dosa kepada mu
meninggikan suara kepada mu
mengingkari larangan mu
mengabaikan suruhan mu

Mak dan Ayah
aku ingin berterima kasih
melahirkan aku di dunia ini dari seorang bayi yang suci bersih
cuba menjadi seorang kekasih
kekasih kepada Allah
berusaha menjadi seorang yang beriman dan soleh

Sejujurnya nukilan ini adalah kata kata di benak permikiran aku (AZIZI BIN ANUAR) setelah aku sedar akan diriku yang hina...tiada manusia tidak pernah melakukan dosa.

aku ber-syukur aku berjaya mengubah diriku ini...kerana aku pasti apabila kita mengorbankan keseronokan dunia dan nescaya akan kita menemui kedamaian jiwa...

aku yang bernama AZIZI bermaksud KEKASIHKU

by: azizianuar





No comments:

Post a Comment

sahabat yang merentas masa