Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Monday, 21 May 2012

You


You may meet a person and instantly know that you will be best friends forever. Other friendships develop over an extended period of time. In some friendships you may feel a sense of equality, while in others there may be a clear sense that one is giving more to the friendship then the other. There are no rules about how a friendship has to be. If you are able to share your life with another human being, by all means go right ahead. All friendships are unique and special in their own way. Each one is valuable.



You have become my closest friend,
It’s been just about a month,
And you’re the one I turn to,
When I’m down and need an ear.
Ever since the day you told me your secret,
I have changed my ways for the better,
And I started to feel,
Like I actually matter.
You have always been there for me,
As I have been for you,
I hope we never drift apart,
I don’t know what I’d do without you.
You’ve become so important in my life,
Things would be different without you,
I’d still be a bit of a tool,
And I’d always be feeling blue.
I thank you for all the times we’ve shared,
It has been the best month ever,
Even when we go our separate ways,
The bond we share, I will never sever.



p/s: until when? idk..haha..don't think too much pesan lecturer aku dulu..kata2 tu lekat kat kepala aku daaaaaa...ehehehe

Sunday, 20 May 2012

Ahad

Annyeong...

Salam semua...

Hari ni aku sangat malas nak bgn pagi tapi aku dah janji nak tolong mak aku..kerja semalam belum jgk aku habiskan..maaf mak, sebab mempunyai anak yang pemalas mcam aku ni..petang baru aku mengerakkan otot aku mengerjakan something..merajinkan diri berperang di kawasan rumah..errr..maksud aku membersihkan kawasan luar rumah la..

Tadi baru je lepak dengan usu aku..dia bawak anak dia Mia..lama jugak Mia tak datang rumah last dia main kat umah ni pun masa raya taun lepas kot..Mak aku pulak rajin nak make up kn Mia...budak lagi tu mak...adehhhhhh...maklum la keluarga aku mana ada adik beradik permpuan...haha..takkan la mak aku nak make up kan aku dan adik beradik lain..teringat masa Tadika masa persembahan tarian diorg pakaikan aku gincu..cissss

Tadi masa mak aku dah make up Mia, dia nak aku amikkan pic dia..taknak orang lain nak aku jgk amikkan..hehe..dah tu dia nak aku warna kan kuku kaki dia..so tgok je pic kat bawah ni..dah lama tak melayan karenah budak2..






The Word



I'm falling into words
I never knew
I never meant to say the words
"I love you"
But it's in my heart
And it feels new
Is it true for you?

Of course you'd like to claim
That we'd be friends
It couldn't stay that way
'Cause we pretend
That I heard about
Your new boyfriend
Where did I go wrong?

p/s: walaupun aku berhati batu tapi aku tetap manusia biasa jugak.. ^^ walaupun orang cakap aku tak faham tapi aku ni memang taknak faham dan cuba faham..

Saturday, 19 May 2012

Wajah siapa?

Annyeong..

Salam semua...

So entry ni pendek je..dipendekkan cerita masa aku tengah boring2 duk menghadap lappy macam orang takde matlamat hidup so aku pun grab a piece of paper dan pensil so aku try sketch something..satu demi satu line aku lakar jadi la mata...dari mata ni jadilah muka...muka sapa aku pn tak tau..kebiasaan nya kalu aku draw something mesti akan lukis mata...sebab apa mata??sebab aku ni suka mata,tgok mata orang sebab dari mata kan turun ke hati...haha...cliche sangat...muka?aku tak kisah sangat sebab dari mata bleh je baca apa dalam hati diorg...pengalaman hidup mengajar aku cara mengenali seseorang dengan melihat mata diorg..mata tak pernah tipu tapi mata mudah tertipu...faham?tak faham konsep so jgn hidup la...haha...gurau jgn marah..

So aku akhiri entry ni dengan satu sajak rojak tak cantik pun dan lukisan tu tak cantik sebab lama dah tak melukis...semoga kata-kata sajak yang rojak diharap dapat menghiburkan hati korang ye..

Mata itu....


Terdapat seorang gadis yang cantik, yang benar-benar seorang wanita
Kulitnya adalah seperti bayi, rambutnya bersinar walaupun bertutup
Tetapi tiada berbanding dengan matanya.!
Gadis cantik ini telah melihat kehidupan yang terlalu banyak
terlalu banyak untuk seseorang yang begitu muda
Namun mana-mana dan tidak pernah melakukan menunjukkan kepahitan
keserian hanya datang dari matanya.
Dan tiada apa yang dapat dibandingkan dengan matanya.
Dia menjadi ibu kepada adik-beradiknya ketika mereka masih kecil,
dia menjadi ibu kepada ibunya sendiri setiap masa.
Namun tidak pernah mengadu, Hatinya terus memberi
dan kasih sayang bersinar dari matanya yang indah.
Berwarna hijau, mereka biru? Aku juga tidak dapat membezakannya,
Sama seperti lautan yang Kilauan dan bersinar
tetapi sentiasa pemandangan yang indah.
Jadi gadis ini terserlah kecantikkannya, ketika menghadapi perkara yang sukar
Ibarat batu - tidak ada seorang yang mengambil peduli.
Dia kelihatan seperti mimpi yang menjadi dambaan kecantikan setiap wanita
namun dalamnya sangat tegas dan bijaksana.
Dia lah gadis saya yang mempunyai mata yang indah....

p/s: lama tak updated blog dengan lukisan sendiri selalu grab dari pakcik google je...maaf kalu lukisan tak cantik tgn dah keras dh..lukisan tu terjadi dengan sendirinya tanpa me-refer dari muka sesiapa baik yang hidup atau telah meninggal dunia...salam.. ^^

**adakah itu petanda dari Allah dan itu wajah pasangan aku kelak?** hanya Allah yang maha mengetahui...Aminnnn

Friday, 18 May 2012

Hari ini

Annyeong...

Salam semua...

Semalam aku tidur lewat memang dah tau hari ni ada banyak kerja aku nak kena buat..hehe..Bangun set jam 6.30 am..Bunyi je alarm aku tutup pastu tidur balik..haha..sedap jugak kn tidur baru aku tau..tapi masih jugak taknak tidur awal..nak buat macam mana dah mata ni memang taknak tido awal..pernah jugak terlelap pas Isyak tapi terbangun pulak jam 2 pagi pastu tak dapat tido balik..ending tetap jugak sama kan..

Nak taknak terpaksa memaksa diri bangun..tu pn jam 7.30 pagi baru nak berpisah dengan tilam..janji dengan kawan jam 8 pagi..syukurla di lahirkan sebagai seorang lelaki 30 jam tu cukup ntuk mandi dan berkemas dan makan...haha..nak kemas barang pn satu hal jugak..terlupa nak pakai spek, buku diari nak bagi kat Mira dan Su dan jugak laptop sebab Aini nak amik Running man..memang taksah kalu tak lupa.. =_="

Sampai je kat umah diorg, diorg jemput naik atas..rumah diorg tingkat 4..pagi2 dah bersenam dengan mata masih layu naik anak tangga..hehehe..masuk je umah diorg siap masak ajak makan ni memang 1st time awal pagi g rumah anak dara dah tu sarapan dengan diorg...hahaha....wlpun aku baru je lepas makan kat umah...tak pe, aku makan lagi walaupun aku ni jenis tak dapat makan pagi..sedap jugak dia masak walaupun pedas..

Jam 8.30 aku dan Mira gerak g unimas dan perkara aku paling tak suka tinggalkan IC kat pondok guard unimas tu..Sampai je kitorang g studio nak amik videocamera sebab kul 9 ada shoot kat bilik Prof Charles..Tunggu Wan jap sebab klu takde Wan tak dapat nak shoot sebab dia cameraman Mira hehe..sempat jugak jenguk bilik tempat diorang editing jumpa Bet...hehe...terserempak Raja and The Gang..haha..Lama jgk tak jmpa diorg..

Tepat jam 9 kitorg g pejabat pensyarah..shoot satu scene je..macam2 perkara lucu belaku kat dalam bilik tu...taknak cerita biarlah rahsia...haha..pastu Mira ajak g jalan kat Bazar Unimas..Aku,Wan dan Mira g sama2 tgok gerai2 dan barang2 yang ada dijual kat sana...Mira belikan aku Ice-blend Strawberi tengkiuuuuuuuuuuuu Mira..sempat jugak melayan tengok orang ber-Mukun di Bazar Unimas tu..kalu tak silap tu kumpulan yang sama masa Hari Keluarga PNMB aritu kat One Hotel Santubong..(kalu tak tau ber-mukun tu ape g google cari sendiri jangan malas)...dah habis pusing Bazar tu kitorg gerak balik g studio tgok preview Filem pendek Mira..aku ketawa tgok muka aku sendiri dalam tu..sempat tgok DVD cover Filem pendek Wan nampak macam menarik baca dari sinopsis pasal 2 kawan balik kpg dalam perjalanan balik kpg tu mcm2 tragedi berlaku..sokonglah filem pendek mereka ;)

kat bawah ni pic yang sempat aku amik masa kat Bazar Unimas tadi... ^^




pic kat bawah ni pulak agak menarik ni kat link way g studio...




Tengah duk lepak kat studio, Bet datang mintak tolong hantar balik..kesian Bet harini dia tak sihat..aku pun g hantar Bet sebelum dia pengsan kat situ..lagipun aku nak g jumpa Aini jap sebab nak amik lappy tapi sebelum balik kena jumpa Su kejap sebab nak bg Diari..dia retissss haha...Baru je nak ajak dia lepak tapi dia taknak..takpe mugkin lain kali..selesai tugasan aku kat sana aku dan Bet pn gerak balik g umah Bet..Pastu lepak ngn Aini dan Joe...diorg kat tingkat 4 dan aku pulak kat bawah tempat parking..lepak versi baru...haha...nak cakap pun kena jerit2 ..hahahaha..

Pastu aku aku balik kira nak gerak terus uruskan hal yang tertangguh ni tapi abg aku pulak tak bgn lagi..so aku plan nak uruskan benda tu petang..aku baring tertido kat ruang tamu sebab penat tak cukup tido..padan muka aku..Jam 2.30 petang aku gerak g pejabat jumpa Sir uruskan pasal nak kuarkan duit KWSP dan jugak nak kuarkan transkript..orang lain semua dah konvo taun aku je belom...insyallah bulan 11 nanti aku konvo...kawan2 lain ada yang dah kerja dah..hehe..aku tengah mengejar tempat impian aku...Ya Allah luruskan jalanku permudahkan jalanku...

Esok pulak kena bangun awal pagi sebab dah janji dengan mak...ok boss esok full day tolong mak haha...takde adik beradik perempuan kerja kat rumah aku kena buat...dah biasa..mintak izin mak sebab nak mintak izin kuar umah 26hb ni..sebab 25,26,27 agak busy sebab majlis kawan kawin..mak suruh tolong2 apa yang patut...mak dah cakap ok so esok taknak malas dah..wuhuuuuuuuuuuu ;)

p/s: agak lama tak tgok Su, Mira, Qienah, Aini, Joe, Bet Wan, Janggut dan Raja and the gang..haha..btw I wish good luck untuk filem pendek korang..salah dan silap terkasar bahasa dan tergurau melampau haraf dimaafkan... ^^

Wednesday, 16 May 2012

Lepaskan ia pergi



Kita mempunyai banyak keseronokan
Apabila kita bersama-sama
Saya tidak akan pernah lupa
Saya akan sentiasa mengingatinya

Ketawa yang kita berkongsi
Mimpi-mimpi yang kita ada
Tetapi impian itu berubah
Dan ia meninggalkan saya dalam kesedihan

Saya tahu awak telah meneruskan hidupmu kehadapan
Dan mendapat seseorang yang baru
Tetapi saya akui
Saya masih mahu awak

Ini tidak baik bagi saya
Saya benar-benar perlu untuk menghentikannya
Apabila saya berfikir tentang masa lalu kita
Hati saya hancur

Jadi saya katakan selamat tinggal selamanya
Saya mahu kamu tahu
Bahawa saya sudah mencuba
Menjadi yang terbaik untukmu...

p/s: Kepada kucing siamku yang bermata biru yang telah lama menghilangkan diri...adakah bahagia hari harimu?masih adakah hayatmu didunia? misteri tinggal misteri..

Biarlah ia Halal




Saya mempunyai perasaan terhadap awak ....
Mungkin perasaan saya sahaja....
Tidak~!!....Saya betul cintakan awak ...
Tetapi .....
Ia amat ditegah...
Saya tahu saya tidak dapat bersama awak...
Kerana ALLAH saya tak sanggup menanggung murka-NYA...
Saya akan menahan pandangan mata ini, saya dan menutup hati dari keinginan sekarang...
Walaupun ia amat menyakitkan dan saya hanya mahu berteriak kepadamu bertapa banyak maknanya awak bermakna kepada saya ...
Saya menghentikan langkah daripada membawa awak kepada dosa...
Saya rela disakiti dan menjauhkan diri dari awak daripada berbuat dosa kepada Allah
Saya rela ditinggalkan keseorangan daripada menjadi kekasih awak....
Kerana saya cintakan awak....saya ingin jadikan awak isteri saya...
Cintailah saya seadanya cukuplah untuk memahami saya...
Kerana saya cintakan awak
Cukuplah dan pastikan ia Halal...

p/s: Hanya untuk renungan bersama tidak ada kaitan dengan hidup MITSUKIZUZIE ^^ Sekian Terima Kasih

Tuesday, 15 May 2012

Bunga yang menanggis



Berkibar kelopak di langit
Menangis bunga, kelusuhan seri nya
Apabila saya mengalih pandangan sejenak ia mula layu
Berkilauan yang memutih kian pudar
Kelabu perlahan-lahan semakin nyata
Kenapa anda beritahu saya, di sini hari ini
Ibarat pari pari yang tercedera tidak berpunya
Menyelamatkan diri meninggalkan saya kesepian dan keseorangan

Ingatlah ....

Suasana yang sejuk dan tidak bermaya jelas terasa
Di sini, di bumi kita tidak boleh mengelak daripadanya
Penyelesaian yang tidak sempurna kerana diri saya yang tidak sempurna
Perlu sedikit masa dan biarlah saya berkata sesuatu kepadanya

Berfikir, mekar dalam kematangan anda
Benamkan saja pembohongan itu dan beritahu kebenarannya
Jangan sekali-kali lupa orang yang membimbing kamu
Jangan sekali-kali ia hilang dari pandangan kamu
Telanlah segala duka dan masa yang lalu
Cahaya memalingkan sinarnya daripadamu
Syurga dunia berlalu pergi di depan mata
Beritahu saya mengapa anda telah meninggalkan tempat ini

Ingatlah ....

Beban duka dan darah lama telah anda cuci darimu
Hilangnya kelembutan hati menampakkan keadaan tergesa-gesa
Apabila anda melihat umur semakin tua
Hanya ingat yang anda telah selangkah kepadanya

Hanya ingatlah ...

Jika ada sedikit masa biarlah saya berkata
Dua kalimah buat kali terakhir kepadanya
Dan juga 3 perkataan yang tak mampu diluahkan semasa hayatnya....

p/s : If you are in someone’s life, you are automatically in their heart

Adakah awak gembira?


Adakah awak gembira?

Saya bertemu dengan seorang gadis yang cantik malam tadi,
Dan biarlah saya memberitahu awak sekarang, dia manis.
Dan saya mencium gadis cantik itu,
dan saya memegang erat dia,
Biar saya beritahu awak sekarang,
dia manis orangnya.

Dan sekarang,
tidak kira apa yang saya cuba lakukan
Fikiran saya yang hanyut kembali kepada awak.

Adakah awak gembira?

Kepada awak.

awak gembira?

I love you.

Sila beritahu saya sekarang
bahawa awak berpuas hati,
Sila beritahu saya sekarang
bahawa awak sudah milikku.

Saya ingin memberitahu awak I love you.

Adakah anda gembira?

p/s: sekadar tulisan tiada kaitan dengan hidup dan mati ku

Monday, 14 May 2012

Terlalu Banyak dari satu perkara baik



Terlalu banyak perkara yang baik boleh menjadi buruk
sebagaimana yang kata klise lama juga
Supaya sentiasa melakukan perkara-perkara dalam cara yang sederhana
seperti juga Tuhan Syurga yang mengetahui

Nikmat Allah yang besar
Sama seperti orang lain boleh melihat dengan jelas
Dan apabila dilakukan secara sederhana
Kita semua dapat hidup agak bebas

Itulah akal budi Dia memberikan kita
Setiap dan setiap satu
Oleh itu, mengamalkannya dengan cara kita sendiri
Dan keberkatan-Nya akan mengisi hari ku

Sekarang yang tidak bermakna untuk diambil
Dipertengahan jalan setiap kali
Tidak hanya bermaksud untuk berbuat apa yang betul
Dan memberi kemuliaan kepada nama-Nya

Bila keseorangan akan bercerai seorang diri
Di tengah-tengah jalan buntu
Jika seseorang gagal pada sebelah mana dia berpihak
Sekurang-kurangnya kata-kata telah ku sampaikan...

Friday, 11 May 2012

Hanya kerana



Hanya kerana saya seorang yang pendiam
tidak bermakna saya bisu
Tidak bermakna saya membosankan
Tidak bermakna saya tidak boleh boleh bergaul keluar

Hanya kerana saya seorang yang pendiam
Janganlah kamu menjadikan saya bahan jenaka
Usahlah menilai bagaimana diri saya
janganlah memperlakukan saya seperti haiwan

Hanya kerana saya seorang yang pendiam
Saya masih mahu berkawan
Masih suka untuk mempunyai perbualan
Masih mahu untuk berkongsi pandangan
Hanya kerana saya seorang yang tenang
Tidak bermakna itulah diri saya sebenarnya

p/s: kenal janganlah hanya pada nama tapi kenali juga hati budinya

Tempat di dalam hati saya



Anda sentiasa mempunyai tempat di dalam hati saya
Ia berada di sana hanya untuk anda
Tiada tempoh masa yang terlepas,
Bahawa saya sentiasa fikir tentang anda.

Saya sentiasa berdoa dan berharap
Bahawa suatu hari nanti kita akan bertemu
Dan bahawa percikan sedikit
Akan terasa.

Masa yang telah datang apabila percikan bunga api yang telah menyala
Dan saya fikir ini boleh sama ada.
Sehingga alam semulajadi meniup tiupan angin
Dan meletupkan keluar.

Saya tidak tahu mengapa ia berlaku
semuanya tidak menjadi
Saya ingin tahu banyak tentang awak
Mungkin ia tidak bertujuan untuk menjadi.

Saya masih akan bertemu anda
Satu hari sehingga di alam lain
Sehingga itu, saya percaya anda melihat saya dari atas sana

Jadi, sehingga tiba masanya
Saya mahu anda untuk berehat di selamanya
Berfikir saya dan ingat
Saya bangga menjadi salah satu dari kamu....

Thursday, 10 May 2012

Sejujur manakah anda?

Annyeong...

Salam semua...



JALAN sana sini tak sah kalau tak jumpa couple duk melayan cinta asmara di depan shopping complex, kedai buku, taman bunga, tempat rekreasi..meroyan ke?...aku tak..aku buat selamber je...takpe tak kisah...eh betul ala aku tak kisah sangat..nak bangga ke or cakap aku dengki ke takpe aku tahu setakat mana batas kemampuan aku dan...dan paling penting sejujur manakah anda..yela aku ni bukan la perfect jangan cakap pulak aku ni patah seribu takde makna nya nak patah hati ni..bukan pulak aku membawa diri..bukan juga aku ni merajuk bercinta...no no no no..pui pui pui buang anggapan tak elok tu cepat2..orang cakap aku ni jenis cepat bosan... **ORANG CAKAP??** ok2 aku ngaku bukan orang cakap...ish aku ni asyik nak jadikan orang kambing hitam ntuk cover kelemahan diri..yela2 MAAF yerrr...aku rasa aku macam tu kot..yang cepat bosan memang takyah ada teman istimewa..kalu dah beristeri lain la...tu automatik tak bosan...haha...bahagia lagi ada laaa

Fullstop.............

BELOM habis lagi la..tak dapat aku nak lari lagi sebelum menyelesaikan masalah diatas dengan penuh tanda tanya..takut nanti ada yang tak dapat tido malam...hahaha..betul ke aku cepat bosan?..hakikatnya aku ni mudah suka kat orang..tapi akan cuba menjarakkan diri dari orang jugak...sebab? sebab aku taknak bagi harapan kat orang menjaga hati diri dulu jika nak menjaga hati orang lain..suka tu suka bukan CINTA ok??ada pulak yang fikir bukan2 nanti..yang penting owez ada 2nd thought..tu aku la mana la sama dgn korg..aku ni kn lelaki yang sangat RARE..tipu la kalu aku cakap tak ada simpan perasaan so aku cepat2 hapuskan perasaan tu..boleh tak korg buat cmtu? komfem ar korg takkan buat..simple kan..pastu aku selalu tanya kat diri sendiri sejujur manakah aku?..pliss la..jgn nak rosakkan hati sendiri...

PIMPIN la diri sendiri..aku ni tak la alim tapi kalu solat pn pernah tinggal macam mana pulak tu?so aku pernah cakap kalu aku tak lengkap 5 waktu tu mmg takkan nak cari teman hidup..korg pulak mesti sebaliknya kan..kot?? tak cakap semua la..sesuku je kot kalu cakap sesetengah nnt ada pulak yang marah..ok la 1% je la...**amik hati korang** kawan2 aku semua faham dengan aku..sebab tu diorg jadi kawan aku...haha...yang tak kawan tu tak tau la..yang tak tau tu cakap aku ni budak jahat..yang diorg nampak jahat tu aku buat2 biar org tak suka aku..sebab apa?..bersebab ok..ok kalu korg buat semua org suka dan sampai2 diorg menaruh hati dan korg dengan tak sengaja akan melukai diorg..berdosa tau..kita buat org sedih tanpa sedar mainkan perasaan org tanpa sedar..memang bukan 100% pun salah kita tapi mmg salah kita jugak kn..tak pandai nak kawal kawan2..

PLAYBOY...hello muka aku ni macam playboy ke?..pliss la..mmg tak ar...tapi berterima kasih la atas pujian dan gelaran tu sebab korg aku dijauhi kaum hawa...selamat aku...buat la cerita aku dapat pahala sebab takde secret admire...**ada ke org suka aku dalam diam??** aku buat2 je ada hakikat takde...hahaha...yang bercakap tu pulak akan dapat dosa free sebab tabur fitnah..

DIJAUHI...siapa nak sangat dipulaukan?aku pun taknak la..aku ni cakap ini tak boleh ini salah tapi itu jugak dia nk...cakap tak serupa bikin la budak ni...mesti korg fikir cmtu..To make it clear sebenarnya kita berkawan ada yang ikhlas sangat2 dan ada pulak yang berkawan nak memiliki...yang nak berkawan memiliki ni jangan di aplikasikan dalam kehidupan aku ea...sebab aku tahu semua kawan aku tak macam tu sebab diorg berkawan sebab ikhlas berkawan dengan aku..aku suka berkawan tak kira gender ok..tapi bukan berkawan dengan bergender songsang..taknak den..lari laju langgar tiang..so kawan korang mcam mana?..wondering..hmmmm

SILAP tu normal la sebagai manusia tapi bagaimana kita nak memperbaiki diri kita? ya aku masih berusaha tapi tetap dibayangi masa lampau..ada yang tak faham konsep..dan ada pulak yang berhati batu dan sangat optimis dengan perubahan yang kita buat..cakap2 belakang takyah kira la..dulu dia ni itu dan ini memang makan segera dan cukup mengenyangkan pahala aku nahhh cakap la lagi dosa tanggung sendirikan...tak elok cakap jahat tentang kehidupan orang..yang dah berubah tu, dia bukan nya hidup dizaman kuno dia lagi..dah org tu nak berubah bagi la sokongan..ada pulak mencebik tapi takpe mungkin belum tiba masa mereka berubah tapi aku akan menyambut perubahan korang dengan senyuman walaupun korang menyambut perubahan aku dengan mencebik mulut..

MENGINGATI tu sangat penting..sebab dengan ada kawan macam ni buat kita tidak lalai dan alpa dengan dunia..aku ada kawan macam tu aku bersyukur..dan aku jugak berdoa untuk mereka dalam doa hari aku...mcam tipu kalu aku cakap cmtu kn..tapi tuhan tahu...sebab dengan mengingati pada mereka aku pn tak lupa solat..bukan la nak cakap ingat mereka lebih dari ALLAH...salah tu kita ni sebagai manusia perlu impak yang mengerakkan kita contoh kawan yang baik la..kita pun ikut jadi baik..kawan aku semua tak tinggal solat..syukur alhamdulilah..

HIKMAH dan hidayah tu akan terbuka pada manusia yang ingin berubah..satu malam aku pernah bermimpi dan bila aku bangun aku menanggis sebab orang paling penting dalam hidup ku yang menjaga aku dari kecik tiada lagi didunia...YA ALLAH aku masih memerlukan mereka dan adik aku masih lagi memerlukan dia...kau ambil lah nyawaku sebelum dia..sebak tapi aku tak pernah pun tunjuk rasa bertapa syg nya aku pada mereka...biarlah aku dianggap orang jahat di rumah dan paling nakal..**aku bukan nak meraih simpati** ni just perkongsian taw..

TAK SALAH jika korg sekarang tgh bercinta dengan pasangan korang tapi ada batasnya..aku bukan ustaz tapi bercinta tu mmg salah kn..jangan pulak ada yang break up dengan pakwe dan makwe pas baca entry ni..tak pasal pasal aku kena buru dengan penyapu dan samurai..ada yang akan cakap eleh macam la dia tak pernah cmtu...cakap je pandai cakap je lebih..yela2 refer balik kat SILAP tu..dah faham? oleh sebab tu aku ni single..cakap la apa korang nk cakap apa..muka tak laku memang cakap cmtu mmg dasar forever alone la ko tu... aku hanya mampu cakap TERIMA KASIH sambil senyum lambai tangan dengan hepi atleast aku tau aku tengah menjaga batas pergaulan seharian ku walaupun terperuk je dalam bilik sebab dulu puas merasa bebas diluar sana...

JODOH aku tak sure pasal ni..macam cliche sangat nak cerita sebab semua orang tahu..kot?..percanggahan pendapat sering aku dengar...ada yang cakap kalu tak dicari mmg takkan dapat lerrr...ada pulak yang cakap takpe akan datang sendiri..percayakah anda jodoh anda adalah dari kawan yang anda pernah kenal, kenal rapat dan kenal sesaat?..yang sesaat tu mmg tak ar mana ada org jatuh cinta pandangan pertama lagi..yang ada tu pun sangat RARE..eh jgn pulak cakap aku cmtu...aku tak masuk list jodoh ea sebab kawan aku adalah kawan aku dan owez jaga SEAL OF FRIENDSHIPS...isteri aku nanti orang German la..aku bebel panjang2 ni ntuk korg la...aku ni tak fikir lagi sebab tengah tunggu yang dari German ni..kalau korang sayang kawan korang berbahagialah saat melihat mereka bahagia..pasal mimpi lagi aku suka sangat kalau ada anak sendiri pernah mimpi ada anak sendiri tak?.comel je..

TERIMA KASIH sebab sudi baca dan aku puji semangat korang hampir 10 minit membaca entry terpanjang aku ni...


SEKIAN...

p/s: kejam sangat ke aku ni?takpe aku kejam kat diri sendiri sebab selalu musnahkan perasaan sendiri daripada menyakitkan hati org kn..FOREVER ALONE better for me..gigit lidah sendiri ;P dan yang pasti aku tengah memperbaiki diri..Sabarlah wahai bakal isteriku..haha...berangan Mat Jenin

Monday, 7 May 2012

Genap setahun dan aku kembali lagi dengan Garen The Might Of Demacia

Annyeong...

Salam semua...

Entry kali ni pasal ketaksuban aku di alam maya ni...bukan FB bukan Twitter bukan Youtube bukan Tumblr dan bukan segala bukan yang ada di dalam benak fikiran korang..secara ringkasnya bukan laman soSIAL..

Sekarang aku dah jadi kaki online game..perempuan tak suka bebudak kaki game kan takpe la aku selesa daripada kuar macam bebudak couple luar sana buat dosa tak tentu hala sentuh sana sini...aku sentuh lappy aku je...ekeke

Aku nak kongsi satu game ni aku join taun lepas tapi baru nk on balik..game ni tak la baru sangat mungkin ada yang dah tau dan mungkin juga ada yang tak tau langsung...**dan mungkin ada yang baru tau sebab baca entry ni** =_=" dalam permerhatian aku sepanjang aku main, game ni di dominasi orang singapura sebab majoriti aku main dgn bebudak sana je..HELLO MALAYSIAN still stuck with DOTA?...ya aku curang dengan DOTA mungkin akan turn back kalau ada DOTA II.. **tak tetap pendirian**

Hero yang aku dah unlock dan hero utama aku...nak share how to build si Garen ni




korang build this kalo nak jadi Tanker

ni pun sama kalo nak jadi Tanker
nak main kill guna rune ni



ni mastery untuk jd killer

ni pulak kalo korg nak jadi Tanker

 p/s: baik jadi kaki game dari jadi kaki perempuan..hehehe





Thursday, 3 May 2012

Bulan Pakai Payung

Annyeong...

Salam Semua...

Malam tadi sunyi sangat bintang bersembunyi disebalik awam tiada bunyi jeritan cengkerik dan tiada angin yang meniup pokok di kawasan sekitar yang ada geng2 nyamuk yang dahagakan darah berterbangan bebas di seluruh badan...wahhhh...disaat aku mendongak langit aku terpaku...YA ALLAH indahnya bulan malam ini dan aku bersyukur masih diberikan kelebihan pancaindera ini untuk melihat kekuasaan MU..aku amik handphone aku dan cuba amik gambar eh tak nampak payung bulan tu...aku cepat2 msg kazen aku depan rumah sebelum keindahan itu pudar..kazen aku datang dengan kamera DSLR dia tolong amikkan pic ni...

p/s: rugi la bagi orang tak dapat tgok malam tadi...macam biasan cahaya tapi ianya bukan biasan cahaya...ia seperti awam memberikan satu ruang kosong berbentuk bulatan untuk bulan menampakkan diri untuk semua makhluk dimuka bumi ini...SUBHANALLAH

Terbang RM150 gara-gara kilat

Annyeong...

Salam semua...

Semalam tgh syok2 dok melayan diri bermain game online tetiba...!@#^!%$&%!$*%$*! **maaf aku tak tau nak eja bunyi kilat*** kilat macam nak makan orang kuat macam Incredible Hulk.. Ingatkan FLASH kamera siapa tadi..ishhhhh..

Tgok luar langit gelap hujan turun dengan lebat pastu angin kuat pokok bunga depan rumah bersilat sesama sendiri...ada yang terkena flying kick rakan sendiri rebah nun di sana kat depan rumah jiran...dan ada jugak pokok bunga botak akibat bertarik sesama sendiri...bertapa hebatnya aku nak cerita pasal kelmarin...

Tak cukup dengan tu rumah plak BLACK OUT...wahhhhhh...semua tergamam adik dan abang aku pn sama..pastu dengan rasa bersyukurnya aku merebahkan badan aku dan tertido...hahaha...hujan sejuk plak tu...wekkkk

Cukup jam aku automatik terbangun tu pn sebab msg der..dengan semangat berkobar-kobar aku terus on9 guna handphone aku...eh... connection time-out pulak..tanya abang dia cakap router rosak..aku buat2 hepi..pastu g mengadu kat bapak depan pintu...sanggup tunggu bapak dan mak balik kerja berjam jam depan pintu..konon nya nak bagitau berita tergempar...nasib tak kena tampar...hahaha

Hari ni baru tukar router baru terbang RM150.. jenis router lama takde lagi so tukar router jenis baru..yang baru banyak kekurangan dari yang lama...sedihnya...suka lagi barang lama dari yang baru..hmmm...bapak aku pesan hargailah benda lama tapi dah terlambat aku nak aplikasikan nasihat dia...yang baru aku just suka Samsung Galaxy Note..kbai

lebih kurang macam ni la gaya tarik rambut pokok bunga yang sedang berkungfu sesama sendiri...credit to pakcik Google


p/s: pasni tak dapat jadi hero online masa hujan ribut =_="

Tuesday, 1 May 2012

Selamat Hari Pekerja 2012

Annyeong...

Salam semua....

Hari ini cuti umum yeay...So aku nak ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA UNTUK SEMUA...tapi aku tak cuti sebab aku banyak sangat kerja...kerja aku ni rumit sikit, sebab kena membuang je seharian...so korang faham2 la kan...nak makan pun takda mood pas makan muntah balik kalau tak muntah mesti perut ni memulas...2 hari berturut turut =_=" ni mesti akibat makan kerang aritu...aku memang tak suka makan benda tu huhuhu...bye~!!!

aku sakit perut + keracunan makanan
p/s: badan lemah dan tak bermaya =_=" ni dh masuk 2 3 4 5 6 7 8 kali ke toilet [x_x] (sakit perut)