Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Tuesday, 29 April 2014

Move on

The past is the past for a reason
That is where it is supposed to stay
But some cannot let it go
In their heads it eats away
Until all their focus becomes
The person that they used to be
The mistakes they made in their life
Oh, if only they could see

That you cannot change what happened
No matter how hard you try
No matter how much you think about it
No matter how much you cry

What happen in your lifetime
Happens for reason unknown
So you have to let the cards unfold
Let your story be shown

Dont get wrapped in negative
Be happy with what you have been given
Live for today not tomorrow
Get up, get out and start living

Because the past is past for a reason
Its been and now it is gone
So stop trying to think of ways to fix it
Its done, its unchangeable, move on.


Saturday, 26 April 2014

Pendosa

Kita manusia
Hamba dunia
penuh pancaroba
dihiasi dengan tipu daya

Kenapa masih juga ternoda
kenapa masih juga terluka
lupakah pada sang pencipta
yang sentiasa membuka pintu taubatnya
untuk umat manusia segenap dunia

Kadang dalam menuju jalan di redha
aku pernah tersungkur jua
dengan segala macam benda di damba
segala macam cara yang ada
aku terluka
mengores jiwa dan raga

Namun sendiri aku berjaya
meningglkan sisa sisa yang ada
penuh tragis yang penuh duka
aku bahagia
dengan kesusahan yang menimpa
itu satu kekuatan yang ada
membuatkan aku terus berjaya
Namun aku tidak lupa
Asalnya aku juga
seorang pendosa

by: azizianuar

Tuesday, 22 April 2014

Alhamdulillah

Kurnia Allah pelbagai nikmatnya
di hadirkan dengan pelbagai rupa
di datangkan dengan pelbagai cara
Mulia nya Allah tidak terhingga
memberikan apa sahaja apa yang diminta umatnya
sehingga ada yang tersungkur lupa dunia
aku juga pernah dalam golongannya

Tapi bagaimana
aku juga insan biasa
selalu meminta minta
mata celik tapi buta
hati tertutup pula
untuk menyedari apa yang ada sudah tersedia

Kita ini hamba yang hina
terlalu merenggek renggek meminta minta
tapi terlalu alpa dan tidak sedar
ada sebabnya yang kita doa dan minta
tidak mendapat restu darinya
kerana Allah tahu kenapa
dan percaturannya adalah terbaik untuk kita

Sebelum tido bacalah bismillah
Jangan lupa doakan mereka yang di timpa masalah
Dibangunkan esok pagi itu kehendak Allah
Diberikan peluang untuk berubah
sentiasa ingat untuk beribadah
Jadi jangan lupa ucapkanlah
Alhamdulillah

by: azizianuar

Wednesday, 2 April 2014

Sangka

Ada yang masih juga
dengan hujah lamanya
masih mahu bercerita
tidak sahih maklumatnya
kerana emosi dan dusta
yang dicipta dalam dunianya
semata memuaskan hati kecil nya

Masih juga mereka
mengata dalam lingkungannya
agar mereka tetap percaya
cerita yang di sampaikan nya
padahal itu hanya rekaan nya
hanya untuk menutup segala silapnya
dan menjatuhkan kesalahannya
pada orang di bencinya

Jika aku bertanya
pada bukti yang aku ada
pasti mereka akan terdiam tanpa kata
kerana memang azalinya manusia mudahnya
mendengar dan percaya dusta
dari perkara yang sebenarnya

Laman sosial yang aku ada
menjadi isu kepada mereka
disalah ertikan tanpa usul periksa
dituduh stalker segala benda
walhal aku tidak ada pun dalam senarai kawannya
harus kenapa aku masih dilapuk lama?
sedangkan buat rugi masa
dan juga tenaga
untuk perkara yang merosakkan jiwa
ku mohon dalam setiap apa yang terpampang di mata
harus selidik kesahihanya juga
walaupun dari orang yang kita percaya
kerana permulaan nya sengketa dan dusta
bila kita mula bersangka

by: azizianuar

Hujah

Serangan demi serangan
aku cuba bertahan
tiada lagi alasan
untuk lari dari dugaan
di uji dengan segala cubaan
yang berniat menghancurkan
menjatuhkan
kebahagiaan dan harapan
dicucuk dengan sindiran

Entah sampai bila ini berterusan
aku penat untuk luahkan
tentang hati dan perasaan
lama sudah aku tinggalkan
tapi masih juga kalian memberi penekanan
kalian seolah tidak cuba meredakan
cukuplah dengan pernghinaan
dan berita yang di khabarkan
di lontarkan
tanpa bukti dan hujahan

aku bermohon pada Tuhan
agar satu masa nanti akan dibuktikan
ditunjukkan segala kebenaran
yang akan menghapus segala pembohongan
yang pernah kalian hujahkan
kepada rakan rakan

Perubahan yang terpampang diluaran
tidak seindah di dalaman
tidak perlu di buktikan
ianya akan nampak dari perbuatan
dari ayat percakapan
dan naluri seorang insan
yang ada berdekatan

by: azizianuar

Hatiku

Berkarya bila perlu
bukan sekadar menaip sesuatu
tanpa hala tuju
tanpa waras akal akan merapu
sia sia saja nanti buat malu

Aku perlu
menjelaskan sesuatu
apa yang di coretkan di blog ku
bukan luahan kata terbuku
tapi ini satu peringatan buatku
susunan kata amat perlu
supaya tidak merobek luka dulu

Semua yang terlahir ikhlas dari kalbu
tidak berupaya untuk aku
memuaskan semua nafsu
pembaca pembaca ku
tatkala di salah ertikan maksud tertentu
namun setiap baris perkataan itu
sebenarnya tersirat sesuatu
yang punya hati mungkin perasan hal itu

Namun begitu
aku perlu akur juga wahai pembaca ku
jika ada baris kata mengores hatimu
hingga ada yang merasakan dirinya musuh aku
sepuluh jari ku susun minta keampunan untuk itu
aku terbiasa mengalah sejak dulu
bukan kerana aku kalah bulu
tapi kerana aku perlu
menjaga sesuatu
maruah keluarga mu
supaya kau mengerti
hatiku

by: azizianuar

Kelabu

Ku bina kehidupan baru
namun masih juga di buru
sudah jauh kutinggalkan dulu
jauh beribu batu
masih juga ia menjejak ku

Ku berpaling kearah itu
apa yang terpampang didepan ku
masih cerita sama yang berlalu
berulang ulang masih di situ
bagaimana aku mampu
jika tidak bernoktah sejak dulu?

Apa yang berlaku?
aku tidak juga tahu
aku mencari namun tiada disitu
ku tunggu namun masih buntu
keadaan kini baru bagiku
ku serah pada yang satu
semoga hari hari ku
akan terus mekar dalam dakapan MU
Wahai Tuhan ku
kerana aku tahu
semakin hari hidupku
kian kelabu

by: azizianuar


Hentikan

Kadang bila aku diam
orang akan terus meragam
masih giat mahu mengecam
hingga nampak zalim dan kejam
Tak pernah cuba faham
masih meluahkan geram
macam taburkan garam
pada luka lalu yang dalam
yang sudah lama aku padam

Kenapa masih menjaja cerita?
Tidak pernah puaskah saudara
Menabur fitnah dan sengketa
kerana mahu menutup salah kau yang nyata?
kerana kau tahu kebenaran sukar diterima
Tapi harus bagaimana
sampai satu tahap nanti akan ku bongkar jua
kerana tahap kesabaran aku nipis saja
aku manusia biasa
tidak sekuat raksasa

Ingin ku lihat juga kau bahagia
walaupun bukan lagi bersama
ku titipkan doa
semoga kau menjaga diri disana
tapi balasannya
kau buka kisah lama
cerita aib sendiri pada mereka
tapi yang nampak jahatnya aku terpalit duka
sampai bila?

Sudahlah wahai bekas pemilik hati
Doakan juga kebahagiaan aku disini
yang lepas sudah jauh pergi
jangan di kenang kembali
sakitnya tiada terperi
masa kau rebah, bangun, berdiri
aku pernah berada disisi

Ya, kau kata aku tidak pernah jaga kau kan?
semasa kau demam panas aku berjaga semalaman
aku redakan kepanasan
masa aku sibuk, aku cuba cari alasan
supaya sentiasa ada jika kau memerlukan
pertolongan dan perhatian
berusaha memenuhi segala kemahuan dan permintaan
mungkin kau sudah lupa kan?
Tidak apa, biarlah tinggal kenangan
dan aku cuba kawal keadaan
supaya tidak menganggu gugat persaudaraan
cuma aku minta satu saja wahai mantan
Tolong hentikan

by: azizianuar