Annyeong...
Salam semua....
Selamat berhari Jumaat dan sesungguhnya aku tahu di hati korang melompat kehgembiraan disebabkan esok cuti...betul tak?....bagi yang berkerja tu memang hepi separuh mati sebab dapat bermalas-malasan esok hari...dan bagi orang macam aku ni memang takda beza weekday dan weekend...oh aku hampa...hampa macam aiskrim cair dan tak sedap dimakan buang terus dalam parit tepi rumah...
Malam tadi aku kuar gi melepak..melepak bukan la melepak kosong macam pelesit mat rempit or mat pit...aku gi menziarah kawan aku...chewah aku tetiba nak rasa nak guna word "menziarah"..ya agak berlagak sopan kan...hahaha...kawan aku perlukan suara katak bawah tempurung aku ni untuk buat assignment dia...kitorang kenal pun masa diorg amik aku shooting untuk filem pendek diorg aritu so sekarang kira dah masuk list best fren aku la diorg semua tu...
Maklum la aku ni jarang nak kuar rumah dan sekarang destinasi aku sekarang melepak di rumah diorg je..malam tadi masuk 2 kali aku melepak kat sana..dan aku sentiasa takut nak lepak dirumah diorg...takut bukan sebab ada hantu, bukan juga sebab diorg ni gengster or pembunuh yang psyco tapi aku takut sebab rumah tu rumah perempuan..hahaha..bapak aku pesan mesti hati2 niat kita baik tapi orang sekeliling jiran2 disekitar rumah tu tak berfikiran sama seperti kita..
Ok untuk mengelakkan salah faham jiran tetangga atok nenek anak murid cucu cicit umah sebelah rumah diorg kita lepak buka pintu luas2 kalau boleh nak robohkan dinding tu sekali biar nampak luas...hahaha...nak rakam suara ala2 Jang Geun Suk mesti la nak suasana sunyi sepi macam tengah duduk dalam lubang 7 kali ditengah hutan belantara..MELAMPAU ;P
Semantara tunggu suasana sunyi sepi kitorang borak2 la dan melakukan sistem barter di zaman moden ni...kitorang trade drama korea..lalala..dipendekkan cerita suara aku ni akan dimasukkan untuk suara latar iklan dalam asigment diorang itupun kalau suara aku lepas la...macam suara katak dengan antonasi english lintang pukang pereahu terbalaik langgar kapal pecah...hahaha
Dipanjangkan cerita balik, tengah aku merehatkan mata rabun jauh buah hati kesayangan aku ni...sedar tak sedar aku terlelap di bantal chibi maruko-chan diorang..so for the 1st tym aku berambeh dirumah perempuan...hahaha...bangun dengan semangat berkobar2 cuci muka lap dengan sapu tangan pink aku dengan sekali lafaz menghabiskan bacaan untuk iklan tu...teringat pulak masa aku masih study dulu berjaga buat asignment...ekekeke
|
nak kena baca dengan antonasi yang betul |
Sekian Terima Kasih semua =_="
p/s: lepak rumah perempuan jangan berniat jahat dan yang penting mesti ajak semua kaum kerabat yang ada dirumah tu diruang tamu nak tido pun kena paksa diorg tido diruang tamu jgn berdua sebab syaitan sentiasa menunggu untuk masuk line... =_=" aku balik pukul 4.30 pagi