Belum sampai seminggu di tahun baru aku melayari hidup di tempat asing bagi aku.
Tidak pernah terfikir untuk menjejak kaki di tempat ini walaupun telah lama mengidam untuk ke tempat ini...ibarat dalam mimpi aku berada di sini...masih mencari gaya untuk menyesuaikan diri..
Suasana di sini membuat aku rindu pada kucing ku tatkala melihat kucing liar berlari berkejaran..sempat aku membelai melepas rindu...jinak rupanya.
Tragedi semalam membuat aku lebih berhati hati dalam setiap perkara. Mana tidaknya seumur aku ini boleh dikatakan berusia, berlari pun boleh tersungkur dan tersembam ke jalan..memalukan dan sakit...
Kisahnya semalam hujan lebat aku berlari mungkin agak laju dan menunduk tanpa aku sedar arah aku berlari ada sekelompok org berpayung dengan serta merta aku mengelak mereka dan aku tersadung kaki sendiri...agak pantas ia berlaku..dalam fikiran aku lebih baik aku saja binasa dari menyakitkan org lain kerana jika aku merempuh mereka pasti mereka cedera bukannya aku, pilihan aku buat atas kesilapan aku dan kecuaian aku dlm berbuat sesuatu.
Dan inilah yang aku dapat pada tahun ini...luka di siku lutut paha dan juga ibu jari kaki yang terkopak kuku...sakit...itulah sebuah hadiah
p/s: sakit itu penghapus dosa...aku macam nk demam kena hujan semalam

No comments:
Post a Comment
sahabat yang merentas masa