Asalamualaikum semua...
Disaat aku membuka pili air dirumahku aku tahu sudah lama aku tidak menikmati rasa itu..walaupun air yang sama dan pili yang sama aku guna untuk membersihkan badan aku tapi hari ini berlainan dari hari hari ku sebelum ini kerana disaat ini, aku menyuci diriku yang bergelumang dosa yang ku tahu atas keingkaran aku selama ini..aku tidak dapat menafikan aku sesat jauh dari jalan-NYA. Kenapa baru sekarang? Bukan isu baru sekarang kerana aku sudah berubah sebelum ini tapi aku belum mempunyai kekuatan yang kuat untuk tetap hati dalam keadaan itu..akibat meletak kan rasa selesa dalam sesuatu perkara sehingga mengambil endah benda yang penting...aku tahu aku bukan sempurna tapi aku juga manusia biasa yang bisa jatuh dan tersungkur di lembah hina dalam kesesatan berpandukan nafsu dan syaitan aku terkedu sendirian mengimbau kisah semalam..
Ya Allah...aku bermohon padamu bukakan pintu hatiku disaat kau beri hidayah jangan kau tarik balik kerana aku perlu mengatur langkah ku kembali merangkak ke atas setelah jatuh dari gaung dan lembah kehinaan ini..Aku tenang dan terasa amat sejuk tatkala air wudhuk menyentuh kulitku...Ya Allah terasa nikmatnya air wudhuk ini mampu menenangkan hati aku..Mampukah aku mengubah jalanku untuk kali kedua ini? setelah yang pertama aku gagal mempertahankan iman dalam hati?..aku perlu kekuatan aku perlu pembimbing aku perlu akur aku hina di mata-MU..aku tidak menyalahkan pintu rezeki ku ditutup untukku oleh-MU kerana memang layak dan setimpal dengan perlakuanku membuatmu mungkar...aku menangisi diri sendiri di atas sejadah yang ku hamparkan..Ya Allah, untuk yang kedua kalinya pada hari ini aku menitiskan air mata di sejadah yang sama ini aku bersujud pada-MU dan yang pertama setahun yang lalu...
Aku pendosa dan aku tahu tidak akan aku terus ke-syurga-MU..dan kali ini amat berbeza kerana aku melukakan dan merosakkan kepercayaan yang aku bina bersama si dia..dan membuatkan dia menjatuhkan air matanya...Ya Allah, bertapa hinanya hamba-MU ini di sisi mu..aku lupa dan khayal dalam nikmat dunia yang kau berikan dan kebebasan yang aku kecapi selama ini aku sia sia kan dan masa yang terluang aku tidak sujud pada mu...Aku ingkar pada suruhan mu dan melakukan kemurkaan dengan menzalimi diri sendiri dan juga orang yang ku sayang...
Bermohon dan bersujud aku pada mu memanjangkan doa dan selawat keatas Nabi setelah sekian lama mulut ini bisu dengan kalimah-MU..Aku ingin menjadi yang terbaik aku ingin buktikan aku mampu dan membawa dia bersama aku kejalan yang diredhai..Jika menjadikan dia halal boleh memperpaiki keadaan yang aku lalui ini ya aku dengan rela hati menerimanya...Aku mohon pada-MU Allah bagi petunjuk kepadaku bahawasanya dia jodohku..aku tahu pertemuan yang engkau takdirkan ini ada sesuatu yang engkau siratkan dan yang perlu aku mencari apa itu..Dulu aku pernah mencintai seseorang tetapi sekarang amat berbeza bagiku kerana aku mencintai seseorang kerana-MU ALLAH..
p/s: nukilan ini untuk renungan bersama dan ditujukan khas untuk seseorang yang memiliki ruang hati ku