mungkin segenap rasa yang ada
atau seluruh lingkungan yang ada
tidak mungkin akan akan terbela
dengan kata kata manis bicara
seikhlas kata juga punya racun dan bisa
seperti menanam jarum di dalam daging sendiri
tanpa belas kasihan dari si perlaku
untuk apa berdusta sengketa
jika ianya hanya akan menghancurkan dua pihak
cukuplah dengan segala memori lama
cukuplah dengan apa yang tercipta
kerana dengan sedikit cahaya juga mampu bersinar
walaupun dalam kegelapan yang paling dalam sekalipun
usai dan urai semuanya
berkecailah aman damai tanpa jejak dunia
berdoa untuk semua
berbahagia untuk semua
kerana tiada yang lebih mengembirakan
apabila mereka teguh dan tegar
sisip sedikit doa
untuk insan di luar sana
dengan baik niat dan doa
itu jadi satu pemangkin
menjadi semangat untuk terus menatap hari
dalam setiap kehidupan dan hela nafas
baliklah ke pangkal jalan
semoga temui keberkatan dalam kehidupan
kerana itu satu kekuatan
by: azizianuar
atau seluruh lingkungan yang ada
tidak mungkin akan akan terbela
dengan kata kata manis bicara
seikhlas kata juga punya racun dan bisa
seperti menanam jarum di dalam daging sendiri
tanpa belas kasihan dari si perlaku
untuk apa berdusta sengketa
jika ianya hanya akan menghancurkan dua pihak
cukuplah dengan segala memori lama
cukuplah dengan apa yang tercipta
kerana dengan sedikit cahaya juga mampu bersinar
walaupun dalam kegelapan yang paling dalam sekalipun
usai dan urai semuanya
berkecailah aman damai tanpa jejak dunia
berdoa untuk semua
berbahagia untuk semua
kerana tiada yang lebih mengembirakan
apabila mereka teguh dan tegar
sisip sedikit doa
untuk insan di luar sana
dengan baik niat dan doa
itu jadi satu pemangkin
menjadi semangat untuk terus menatap hari
dalam setiap kehidupan dan hela nafas
baliklah ke pangkal jalan
semoga temui keberkatan dalam kehidupan
kerana itu satu kekuatan
by: azizianuar