Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Sunday, 11 March 2012

Ini je yang aku mampu

Annyeong,


Sejak kebelakangan ni aku asyik mem-busy-kan diri mencari idea bagaimana nak menghabiskan masa lapang aku...errr, bukan bermaksud aku memang dah tak ada benda lain la nak dibuat...(report belom siap lagi bahan-bahan dah ada dah cuma nak mencari mood menaip tu je yang tak ada sekarang ni)...


Ye la dalam dok menghadap melayan kengkawan dan membaca blog2 yang menarik dan dalam kesepian mendongak keatas ilham pun datang...kekadang ilham tu datang dalam pelbagai cara contoh nya dari lirik lagu ke dan macam macam lagi lah~ so bila idea tu datang aku terus menterjemahkan ia menjadi sesuatu iaitu...LUKISAN...so aku nak share sedikit sebanyak yang aku mampu buat...so kalu ada kerajinan aku upload lagi lah ye so tgok la hasil kerja dari insan yang ter-sangat NOOB tentang seni seperti aku..huhu..sesetengah pic tu ada la dari post yang terdahulu...( eh..kalau korang ada baca post tu la hehe )




















Friday, 9 March 2012

Ringan tulang di hujung minggu

Annyeong,


Selamat berhujung minggu semua..seperti biasa, aku ni bila tau je esok sabtu dan ahad memang dah set dh otak bangun tengah hari...alaaaaa tipu la kalau korang cakap tak pernah buat camtu...kemalasan aku ni aku balas dengan membuat kerja mencuci rumah...kasihan la kat mak aku dah la dia sorang je pompuan kat dalam rumah...ya lebih mengukuhkan lagi maksud tersebut "ADIK BERADIK AKU SEMUA LELAKI" tak ada adik pempuan nak dibuli soh wat kerja rumah...


YA~!!! aku bangun tepat jam 12 tengah hari dan terus meluru ke bilik mandi dan mencuci apa yang patut ( maksud aku cuci baju la ) dan terus aku mandi...pas mandi pulak aku terus ke menyidai baju dan meluru ke arah dapur pulak..meluru kedapur bukan mencai makanan tapi bergegas nak kemas dapur pulak...kenapa bergegas pulak?sebabnya mak aku dh nak sampai rumah...sebab mak aku kuar pagi tadi dan kemestiannya apabila dia balik mesti rumah siap kemas dah dan taknak bersepah lagi...adik aku pulak kemas ruang tamu...kitorang dari kecik di didik camni..setiap orang kena ada tugas masing-masing...sebab itulah kehidupan sesebuah keluarga...


ni la keadaan dapur yang agak bersepah dan aku amik gambar ni masa aku tengah cuci dan menyimbah air...SEMPAT LAGI~!!!!!




Non-Stop bleeding

Annyeong,


Walaweh...Yahuuuuu...gembira tak tak terkata dan di susuli dengan perasaan yang tidak menyenangkan..mana tidaknya setelah menguatkan semangat berkobar-kobar setelah beberapa minggu menghempas diri kat tilam menahan sakit yang teramat sakit dek kerana ketakutan pada insan yang bernama DOKTOR GIGI...


OK.malam tadi aku pegi klinik gigi iaitu klinik kawan mak aku..dan aku pegi time tu jam 7 pm..sebelum aku nak masuk bila nama di panggil tu memang rasa nak ke tandas je tapi aku tahan je la...KETAKUTAN la katakan...SUMPAH aku memang berdebar debar...( sebelum berangkat dari rumah aku membaca ayat Kursi berkali kali )


"Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah S.W.T akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya."


disitulah aku ada keberanian dan menambah peratus keyakinan aku ni ketahap memuncak... ;D


ok dipendekan cerita---->nama ku dipanggil--->duduk--->kena inject--->kena cabut--->lega


bukan aku malas nak menaip OK...sebab malas mengenangkan peristiwa pahit berpisah bersama gigi ku yang menderhaka tuan nya sendiri..mengenangkan apa yang terjadi mambuat aku mengigil dan aku tido malam tadi sampai termimpi mimpi...SUMPAH~!!!! aku tak tipu...dan sepanjang malam darah tak berhenti mengalir bila malas nak bangun aku TELAN je la...adakah aku sudah menjadi VAMPIRE??



Wednesday, 7 March 2012

Adakah aku seorang pelukis?

Annyeong,


aku minat sangat melukis, hobi aku masa kecik-kecik tapi tak pernah pun pasang niat nak jadi pelukis pun..masa kecik kecik sampailah aku habis study Mechanical Engineering ni memang tak sah la buku buku note aku ada muka muka kartun lakaran sendiri...kekadang aku tersenyum tengok lukisan aku...macam budak budak suka menconteng...tapi tahap aku menconteng tak la sampai buat vandalisma kat tempat tempat awam...ok la korang tgok la hasil aku yang tak seberapa ni...ni sebahagian sahaja tau...byak lagi aku buat seperti penanda buku buatan sendiri, poskad dan lain-lain...yang penting kehidupan aku sangat harmoni dengan hasil dari tangan aku sendiri...hidup rasa lebih bermakna ;D


mempersembahkan lukisan yang huduh aku ni berasaskan pensil dan sekeping kertans A4 je ( next entry aku upload lukisan guna komputer ea )


1...2....3....TADAAAAAAAAA






























Tuesday, 6 March 2012

Mengatasi ketakutan diri sendiri

Annyeong,


agak malas la kan menaip banyak-banyak tatkala menanggung kesakitan yang teramat sangat...kesakitan yang akan membawa aku kepada ke-fobia-an aku pada doktor gigi...


OK..YA, AKU MENGAKU AKU SANGAT TAKUT PADA DOKTOR GIGI..


akibat ketakutan yang teramat sangat aku sejak kecil selalu lari bila doktor gigi datang ke skolah...dan itu telah membangkitkan semangat aku untuk mengosok gigi selalu dan every night sebelom tido aku akan gosok gigi..sejak kecil lagi tau...


KENAPA AKU SAKIT GIGI SEKARANG KALAU AKU NI MENJAGA KEBERSIHAN MULUT SELALU?


sebab ia memang nak rosak nak buat macam mana?..taip hari-hari aku berikrar nak pegi klinik dan berazam menyabut gigi si durjana menyebab hari hariku tersiksa...seperti duri dalam daging punya perangai si gigi aku ni...


aku ni boleh dikatakan orang paling berani...kalau bab kuar malam-malam sesorang melalui kubur 2 3 kali tak pernah rasa sedikit takut pun...tapi bab doktor gigi ni aku memang langsung tak boleh bertoleransi langsung...bukan nak membudakkan diri disini tetapi sebab TAKUT tu memang ada lain macam sikit dari takut HANTU



Monday, 5 March 2012

Kepada sahabat ku iaitu kalian semua


Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?" 
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji." 


Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari" 


Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?
" Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. 
Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang." 


Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?" 
Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya." 


Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?" 
Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. 
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu." 


Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?" 
Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. 


Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya". 


Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?" 
Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka" 


Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“ 
Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu" 


"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan" 


Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya" 
Maka firman Allah SWT : 




"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku". 
Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah. 




1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat 
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. 




Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan; 




Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu" 








Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW. 








Rasulullah s. a. w. Bersabda : 
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat" . nak pahala?Sila Share Kat Facebook,TQ






Read more: http://www.xlupa.com/2012/01/inilah-dialog-menarik-rasulullah-saw.html#ixzz1oIZ6auff

Sunday, 4 March 2012

M for Monday or I would prefer for M for Malas


Annyeong,


Read Today's Gemini Horoscope


March 4th


You may be under the gun as far as taking care of some kind of financial responsibility during most of the day, Gemini, but if you apply yourself to finishing your tasks, you will. This duty may cause friction with friends, or prevent you from enjoying something you've looked forward to, but with the Moon's transit into your Solar Chart's house of communication this afternoon, chances are very good that you'll have accomplished something worth bragging about. A couple of busy days are on their way, so be well prepared.


Mood: Energetic (tak pun menderita sakit gigi)


Lucky Color: Blue (aku tak pakai biru pun yang ada just lampu mouse warna biru)


Lucky Number: 53 ( tak minat aku suka num 7 je)


Lucky Time Of Day: 11 am (masa bangun sebab nak tengok 5 rencah 5 rasa pukul 11.30 am)


apa2 pun ni hanyalah Horoscope je...alamak report aku belom taip lagi...nak edit mana yang tak patut tu...gambar banyak hilang dari handphone...dengan penuh gaya aku buat keja masa praktikal aritu...buku log pulak aku belom tulis guna pen...ya aku mengaku aku sedikit malas kebelakangan ni...






ketuk kepala sendiri (kalau esok nak konvo baru nak hantar report ke?)

tak ada beza sangat pun...Weekend/Weekday

Annyeong,


buat muka hepi tapi dalam hati tension...alahai apa nak jadi ngn aku ni...hari-hari aku menghadap lappy je...nak kuar pulak macam tak ada sebab pun aku perlu keluar...awek pn tak ada...(perlu ke ada awek baru nak kuar?)...okey2 aku ni jenis tak suka kuar sesorang...atleast ada teman...sebab aku ni suka bercakap...haaaa...PESANAN: kalau orang taknak cakap lebih baik jadi bisu...betol tak?
tak suka orang senyap sebab aku akan berasa kekok...


dipendekan cerita, aku baru habis study and now tengah tunggu nak konvo...hari2 membelek newspaper di ruang tamu...korang dapat agak la kan...JOB HUNTING...tapi.....majoriti nak ada pengalaman...susah betul la nak dapat tempat yang terima fresh graduate macam aku ni..


eh..kalau ada pun job aku mana nak apply sebab aku punya transcript belom dapat amik lagi la...walau belom konvo, transcript pn boleh digunakan untuk apply keja...betol tak?


ok stakat ni je la...aku nak sambung tgok kisah nabi-nabi kat http://www.youtube.com/watch?v=vx_q7CeoUiM



Friday, 2 March 2012

Aku dan Streamyx

Annyeong,


masa memula dulu aku pasang internet perghhhh kemain laju 100 Mbps...syok online tak ingat dunia...pagi bertemu petang bertemu pagi...laju la katakan...nak tgok movie tak perlu la nak download tgok je online...takde buffering...


sekarang hmmm takyah nak cakap rasa tertipu...baru je bayar habis kelmarin, malam dh tak boleh online...apa celop...


tgok ststus line plak...WHAT???!!!! 54 Mbps???...tetiba kurang...what wrong??


diorang kata ada sesetengah daerah akan ada gangguan sebab diorang tgh upgrade diorang punya line so terpaksa la line internet pengguna streamyx dikurangkan (tu ..ok aku cuba paham situasi sekarang tapi takkan lah sampai malam langsung tak dapat online..kazen aku punya internet takde prob pn padahal rumah kazen aku depan rumah je...ok je 24 jam takde pn line hilang


so TEORI sesetengah area yang akan terkena gangguan tu aku TOLAK TEPI...so please la jaga hati customer..sebab skang ni aku memang sangat perlukan internet, nak buat report lagi nak cari peluang pkerjaan lagi...bukan aku tak tau erti bersabar...tapi dah lama sangat aku ni bersabar..


(luahan hati penguna internet) >_<

Wednesday, 29 February 2012

Keseronokan 3 bulan



Annyeong,


ehem2...check 1..2..3...maaf lah ye lama dah tak menaip ni al maklum la baru langsai bil internet yang tertunggak...hahaha...ni la padahnya suka men-DELAY-kan kerja...(bahasa apa ntah)


ok..ok...kenapa 3 bulan?sebab nya korang kena la baca la... =D


terima kasih lah atas semua technician yang banyak membantu aku tatkala suka dan duka,susah dan senang tanpa mengeluh membantu menjayakan praktikal aku di UNIMAS (Universiti Malaysia SARAWAK)


Dengan banganya aku lah contoh budak praktikal yang boleh dikatakan contoh...(aku tipu je).. =D


dipendekan cerita banyak jugak la pengalaman aku belajar kat Fakuti Kejuruteraan Mekanikal tu...ada yang agak kotor, ada yang agak membahayakan dan ada jugak yang sangat mengularkan.. xD


kalau bab kotor tu memang biasa la budak mechanical engineering..aku wat maintenence and macam-macam benda aku buat tapi kan aku tak pernah mengeluh sebab kita wat keja mesti ikhlas dan ujur baru berkat dan selamat...(walaupun takde elaun)


kalau bab bahaya pulak, ni bahagian mesin...high speed machine tu kalau silap memang hilang anggota badan terutamanya mesin lathe selalu je aku guna kat workshop tu...tak kurang hebat bahaya nya bila guna alat welding...sebab aku tak penah guna sebab tu aku kata bahaya... xD takde basic pn...kalau bab mesin lathe, milling machine baik CNC or MANUAL memang aku boleh dikatakan pro sebab aku pernah belajar kat ILPKS dulu...(baru tau ke)...ala pro jugak la...tak la sampai pro-sak... xD


kalau bab yang kurang bahaya dan agak me-RILEX-kan bila aku kena jaga budak buat LAB SESSION...ni aku mengegehkan kan diri macam hebat pulak ajar student buat ekperimen...lagak je la...aku belajar dari buku manual pastu terus ajar student cara nak amik data tu...memula memang la kekok tapi lama2 tak pn...biasa je...(semua ekperimen berjalan lancar der)




Nampaknya aku ni orang tak berapa nak jujur lah kan...aku pernah tolong jaga budak TEST AUTOCAD pastu ada la pulak sekelompok manusia aka student ni meniru..nak tangkap nak tegur pn rasa macam tak payah je sebab diaorang tu bukan bebudak tu tipu diri sendiri bukan nya orang lain...tapi kan as a student macam aku gak la kalau dapat meniru tu memang HEAVEN sesangat dapat tipu si penjaga exam...tapi kan bila aku sendiri terkena situasi ni baru aku tau perasaan lecturer aku selama ni...


tapi part paling best tu kan aku g edar Evaluation Form...best sebab aku dapat la menjengah classroom bebudak U...haha...yela aku mengaku aku nakal sedikit saje je nak tengok awek2 U...tengok je la bukan nak kacau pn... xD


dah nak penghujung hari hari ku di sana aku tolong la sediakan kertas jawapan ntuk bebudak exam sambil doa dalam hati sesiapa yang guna kertas aku sediakan akan tenang hatinya menjawab soalan tu..






habis je exam, FKM sunyi sesangat sebab takde student kalau ada pn tu bebudak FYP je...tak sempat nak tengok mereka masok sem baru...harap2 masih ingat kat aku ni ^_^


Oh ya disini aku nak ucapkan bebanyak Terima Kasih kepada semua secara langsung atau tidak langsung yang menjayakan praktikal aku ni...harap2 korang baca entry ni ye...(macam tak ikhlas la pulak aku cakap kat sini...huhu)


banyak perubahan yang berlaku kat diri aku ni sejak akhir2 ni aku terasa kosong dan alhamdulilah aku menemui ketenangan jiwa dengan mengabdikan diri kepada-NYA...amin semoga perubahan rohani iaitu batin ku akan kekal dan sentiasa patuh kepada suruhan-NYA...


emmm...perubahn zahir pulak dari aku berambut panjang kemudian potong pendek dan sekarang dah mulai panjang balik...rambut aku jenis cepat panjang...JELES TAK KORANG? xD


maaf la ek sebab lama tak updated..(ada ke tidak orang baca) (?_?)