Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Sunday, 3 January 2016

Pencuri masa

Masa itu emas
"cliche" tapi itu sering kali kita dengar
tapi kita sering mengabaikannya
sering ambil tidak endah pada nya

Aku
salah seorang daripadanya
menghargai masa bila memerlukan
terdesak dengan masa bila kekurangannya

Tapi
adakah kita menyedari
ia berlalu pergi
tanpa kita sedar
banyak perkara yang kita terlepas

Alangkah indahnya
jika masa itu boleh di jual beli
boleh didapati dimana mana
supaya aku boleh mengawal masa
terkadang aku membayang kan diri aku menjadi
pencuri masa

p/s: masa berubah bersama manusia

by: azizianuar


Wednesday, 11 November 2015

Percaya

Bukan mudah untuk setia
Jika kau masih punya rasa
rasa yang masih tercari kesempurnaan
kesempurnaan dalam bahagia

Sayang yang diluah mudah
untuk membuktikan payah
pahit kau cuba telan lalu kau ludah
kau pasrah dah menyerah

Cuba hilangkan kisah lama
untuk mengantikan hati yang lara
kau bertanya mengapa
akhirnya kau kecundang kecewa

Lalu kau berikan alasan?
amat mudah kau letakkan kesalahan
pada seorang insan
yang hanya perlukan teman
akibat terlalu lama kesepian

Kau sentuh hatinya
kau janjikan segala yang kau ada
dengan semanis kata
akhirnya kau rasa kau yang terluka
padahal dia lebih terkesan dengan akibatnya

Lalu kau berikan alasan demi alasan
baginya sudah biasa
diletakkan salah dibahunya
beban bertimpa timpa
mungkin kau rasa mudah baginya
berat hatinya menahan duka
ada kau kira?

Masih ada menuduh tanpa bertanya
dengan siapa dia bersama
dengan siapa dia berbicara
dengan siapa melayari jiwa
akhirnya disebabkan rasa curiga
masing masing mendapat bahana nya

kerana hilangnya rasa di dada
kurangnya rasa cinta
perasaan yang kecewa lama
membawa kau satu tahap membuka luka
luka lama
walaupun kau bersama
dengan insan lain akan tetap sama

selamanya kau akan tetap akan rasa kosong
rasa kehilangan
disebabkan hanya kerana
kau sia siakan rasa
percaya

by: azizianuar

p/s: asyik kena tinggal...penat setia alahai...



Sunday, 8 November 2015

Akar hati

Tak semudah seperti yang kau kira
dalam hal memberi hati
amatlah berhati hati
kadang terlalu berhati
cinta pergi
luka sendiri
terus menyendiri

Tapi
akhir akhir ini
segala seperti yang kau pernah lalui
terjadi lagi
tanpa kau ramalkan terjadi

kau mampu merancang yang kau hendaki
yang kau dapat amat berbeza sekali
kau kira untung rugi
kau tidak peduli lagi
teruskan saja janji puas hati

akibat perbuatan sendiri
tergadai semua janji
indah saja mulut berkata itu ini
kau kira kau pasti
apa yang fikir dan rasai
cukup untuk mengadili?

cuba tanya perasaan sendiri
seronok melukai?
seronok dilukai?
perasaan lain belum lagi
di ambil kira segala segi
segenap inci persegi

dunia ini bulat seperti kau ketahui
perasaan kau bunuh dan mati
pengharapan yang diberi
ibarat satu virus yang meracuni
membunuh perlahan si pemberi hati
yang cuba untuk merasai kembali
rasa cinta yang hilang tidak dirasai

usahlah begitu yakin
dengan apa yang kau ada
dengan satu kesilapan yang ada
kau rasa tidak layak untuk memberi maaf kepada insan lainnya?
kita manusa silap itu biasa
ada sebab kenapa

persoal kejujuran untuk apa?
kau sendiri tidak pernah yakin pada mereka
untuk apa memperjuangkan rasa yang kau sendiri tidak mengerti?
paling pahit kau biar seorang tertanya kenapa
tanpa sebab kau hilang
kau kurang percaya pada dia
kau hukum dia
kau rasa layak?
pernah kau kira kenapa dia begitu?

kau bagi masa
bukan seksa dia
sebab aku pernah rasa
aku cuba nasihati

kalau kau tahu rasa sakit itu
aku rasa kau pun takkan mampu

Akarnya,
dari kita sendiri
cuma berbeza hati

p/s: susah betul nk tido...cuma coretan dari mimpi

iboh makan cabik pedas haha

by:mitsukizuzie




People need to learn how to stay

Assalamualikum

There is so many thing happen in my life
As I already to my new phase of my life
Some of the thing in life I still cannot control
People and feeling

I doubt myself always
not to believe people
but they is more precious than I thought
some just come and go
left me wondering alone
without giving me a reason why

The one who still with me
I keep my faith to them
hold onto them
I am nothing without them
as they are too without me

Its hard to be honest person
I am try to be one
but fail instead
I am not good to take care other feeling
the weakness of me
and that the worse of me
I cant change that
I've tried

But I do love some of them with all my heart
But they left as I try to make up to them
I try to fix but it getting worse
Like a mouse try to fix a pumpkin

So I guess this is it
End of everything
word is just a word
like a wind blow
I just stay the way I am
be a real me
may be
just maybe
people need to learn how to stay


p/s: berterabur english rojak...sorry haha

by: azizianuar

Wednesday, 21 January 2015

Malu

Rambang mata
Mana tidak?
Lain macam dah aku tengok
Semua bunga kat sini cantik
Oh lupa aku pakai spek mata

Mudanya
Alahai godaan dunia
Boleh saja aku cuba
Untuk memberi hati
Tapi tunggu dulu

Cukup la aku punya num mereka
Wassap wechat ahh biasa
Tapi nk chat tunggu dulu
Malu.....

Temujanji

2.4 km dalam masa 10 minit...

Disebabkan bunga bunga sibuk
Batal lah satu temujanji

P/S: penat...

Tuesday, 6 January 2015

Hadiah

Belum sampai seminggu di tahun baru aku melayari hidup di tempat asing bagi aku.

Tidak pernah terfikir untuk menjejak kaki di tempat ini walaupun telah lama mengidam untuk ke tempat ini...ibarat dalam mimpi aku berada di sini...masih mencari gaya untuk menyesuaikan diri..

Suasana di sini membuat aku rindu pada kucing ku tatkala melihat kucing liar berlari berkejaran..sempat aku membelai melepas rindu...jinak rupanya.

Tragedi semalam membuat aku lebih berhati hati dalam setiap perkara. Mana tidaknya seumur aku ini boleh dikatakan berusia, berlari pun boleh tersungkur dan tersembam ke jalan..memalukan dan sakit...

Kisahnya semalam hujan lebat aku berlari mungkin agak laju dan menunduk tanpa aku sedar arah aku berlari ada sekelompok org berpayung dengan serta merta aku mengelak mereka dan aku tersadung kaki sendiri...agak pantas ia berlaku..dalam fikiran aku lebih baik aku saja binasa dari menyakitkan org lain kerana jika aku merempuh mereka pasti mereka cedera bukannya aku, pilihan aku buat atas kesilapan aku dan kecuaian aku dlm berbuat sesuatu.

Dan inilah yang aku dapat pada tahun ini...luka di siku lutut paha dan juga ibu jari kaki yang terkopak kuku...sakit...itulah sebuah hadiah

p/s: sakit itu penghapus dosa...aku macam nk demam kena hujan semalam

Friday, 2 January 2015

Kejar

Hari kedua dan hari jumaat pertama ku di bulan januari tahun 2015 sesuatu yang luar dari rutin harian aku yang biasa. Berada di tempat asing bagi aku sesuatu yg lama aku tidak rasai.

masih ada waktu terluang berbaki disini sebelum semuanya bermula dengan padatnya waktu tidak punya masa untuk diri sendiri lagi. Untuk diri sendiri pun sudah begitu cuba bagaimana pula jika punya jiwa untuk di jaga? mesti terluka dan terbiar saja dia. jadi itu satu sebab kenapa mengapa jalan ini di pilih.

Mungkin aku lama tidak melangkah jauh tapi jarak ini amat jauh untuk aku melangkah kaki. Jarak dulu sekadar bumi borneo tapi kali ini menyeberangi laut. Asing dan terasing...

Laut...

sungguh dekat rasanya di hati...

aku rindu pada kesayangan  (jiyo n leo)
aku rindu pada suasana di sana
aku tinggalkan segala untuk cinta
cinta yang gigih aku kejar



p/s: masih berlari mengejar diri sendiri yang semakin jauh kabur dari mimpi

Wednesday, 31 December 2014

kembali

Asalamualikum...

Jawab la syg...berdosa x jawab salam tu
dah makan?...awal aku bangun hari ini memandangkan tahun baru kena la ada semangat baru...konon

Bangun awal walaupun semalam balik lewat duduk la kat pak somet dengan kawan dan adik...nak sambung tido sedap hujan hujan ni tapi niat tu tolak tepi byk benda kena double check nk di bawa pegi nanti..semalam boy night out ok xda perempuan la...selalu memang macam tu la rutin kalau keluar duduk minum sembang and my fav teh o peng with No Sugar...

x nak la cerita pasal 2014 bla bla bla...tahun 2015 I hope will be better but aku tetap aku...sama je xda yang berubah mungkin cuma stail rambut haha...muka xyah cakap la naik umur makin tua...tapi aku suka merasa diri masih muda...alahai x sedar diri

Pagi pagi aku dah bagi makan kat kesayangan buah hati aku si jiyo n leo...kucing ni la pengubat rindu aku...hari ni aku last sediakan makanan ntuk korang sebab petang ni aku dh flight ke KL dah...will leaving my hometown for a year. (I miss my cat) wuhuhu

Ni pun tgh duduk merenung dinding dan cuba ingat password bagasi aku..apa masalah la beg tu...semua dah pack tunggu nk letak masuk dalam kereta ja lagi...

oh ya semalam masa aku nak pegi print boarding pass kat kiosk MAS tu tayar kereta aku pecah ditengah jalan...nasib xda apa berlaku..

dugaan 2014

So sekarang tgh amik mood duduk lama lama dalam bilik perati ja setiap inci persegi ruang bilik mungkin sbelum ada rasa kerinduan mungkin akan muncul rasa tu bila kaki jejak ke tempat orang...

Bumi kenyalang yang ku sayang dan cintai...
ku tinggalkan kau dengan cinta dan kenangan kita
semoga bertemu kembali

p/s: nasibla ada tab ni tu pun basic internet digi TT_TT tu ntuk internet...celcom masih guna lagi






Saturday, 27 December 2014

kekok

Henpon rosak tau tau hujung tahun mula la semua benda nak rosak..
Bukan la bermaksud x dapat berenggang dengan henpon tapi tu je entertainment aku ada...nak dating jauh sekali la..

Harta benda ni kalau ada perasaan n pandai cakap memang aku lecture satu satu....ingat aku ni kaya sangat ke nk baiki korang semua...

nasib laptop dh ok tu pn kawan yg tolong atur...price dia kaw kaw dia kasi diskaun...

Ni pun try try update blog guna tab...ahhh xda beza sgt pun sama je la...payah la duk lama depan laptop nk updated...ni tgh duduk dalam kereta tggu traffic light ditambah jalan jammed hujan hujan ni sempat aku mencoret kat sini..flexible kn? best x?

eh lupa pulak aku drive lah tapi pandai pandai la kalau leka kiss bontot keta orang pulak...duit jugak!!! 

dulu guna hp boleh je aku nk reply wassap kawan2 pastu komen moment wechat diorg masa drive sekarang guna tab besar kot nk guna satu tgn nak pegang habis tu stering siapa nk kawal...

Aku pn x lama lagi tinggalkan bumi kenyalang ni...berkorban untuk masa depan sendiri untuk membahagiakan keluarga aku masih berusaha dan aku hampir berjaya...setahun tu x la lama,.,xda la nk kawin masa terdekat ni...jauh sekali nak berteman mesra...biar aku otak ringan tiada beban...nanti jumpa kawan2 buat plan kita jelajah benua yang ada di dunia ni...Insyallah berkat usaha dan doa itu rezeki yang Allah kurnia...

Alhamdulillah...syukur tapi aku masih juga rasa kekok

p/s : memang benar apabila kita memaafkan org dan memaafkan diri sendiri memang menjanjikan satu kebahagian dan kelapangan dada




Sunday, 26 October 2014

Terkandas

Aku masih "stuck" dengan dua movie ni

1. The Notebook
2. The Great Gatsby

Entah...sebab aku macam rasa terlalu dekat dengan watak dalam cerita tu...tapi memnag pun xda kaitan dengan kisah aku cuma aku menganggumi ketabahan watak tu dan kesetiaan mereka dalam menempuh segala dugaan yang ada. Jiwa mereka tidaklah serapuh seperti hubungan biasa biasa yang kita nampak sekarang. Kalau adengan yang x menyenangkan jangan la di contohi sila tapis sendiri. ehemmmm...batuk..maaf!!

Bukan mahu mengecam atau menyindir pada pasangan yang sedang bercinta sekarang tapi cuma sebagai peringatan pada diri sendiri juga. Dimana disaat diduga dan dilanda masalah dan kesempitan yang amat menyukarkan disitu kita boleh nampak siapa dan dimana masa depan kita berada. 

Dalam menngawal emosi dan amarah, kata kata yang kurang enak pasti terluah dek kerana tidak tertahan rasa dan disitu mula kita mula tersedar dan mengenang kembali tujuan dan mengapa adanya wujud sesuatu perhubungan itu. Yang pasti kebanyakkan nya nafsu semata dan mungkin segelintir sahaja kecelaruan minda kerana hendak lari dari hubungan yang lalu sehingga berpendapat dengan jatuh cinta pada yang baru boleh membuatkan diri rasa boleh melupakan kisah lampau. Tetapi hakikatnya jiwa masih goyah.

Aku juga bukanlah sesempurna yang ada di luar sana disebabkan aku tahu kemampuan aku ditahap mana aku cuba untuk bahagia. Mungkin bahagia yanga ku cari selama ini bukan bersama tapi untuk memilih jalan dua hala berbanding jalan sehala yang di impikan bersama angan angan dan cita cita ketika seronok bersama tanpa akal yang waras ketika ia tercipta. Pelajarannya dari kisah ini berhati hati berkata kata.

Benar kata kata pujangga jangan cuba menahan sesuatu yang bukan milik kita. Lepaskan dengan rela bila kita tahu hakikat dia bukan milik kita. Dia berhak memilih bagaimana kebahagiannya sendiri dan mendapatkan seseorang yang lebih baik diluar sana. Tiada kesalahan pun perbuatan itu, kerana itu lumrah seorang wanita. Kata kata ini mungkin agak terlalu tersurat dan tiada yang tersirat untuk kekasih lama tapi ini adalah hakikat yang perlu kita akui sejak dulu lagi. Semenjak tiada perang status dan perang laman sosial keadaan bagi aku sungguh normal berbanding dulu. Ahamdulillah.

Mungkin masih ada yang meragui kami masih berhubung dalam diam tapi itu tidak pernah terjadi kerana aku dan dia tidak simpan nombor masing masing. Laman sosial pun masing masing block sesama sendiri itu pun diatas persetujuan dua pihak agar tidak rasa tersinggung perkara perkara yang mendatang. Ibarat lenyap dari dunia. Sekalipun ia terjadi, kepada pemerhati jangan membuat spekulasi kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang senang pada dua pihak. Tiada sisa dendam antara kami dan semuanya sudah selesai sekian lama. Dia bahagia bersama pasangannya iaitu kekasih barunya dan aku juga sama bahagia dengan kedegilan untuk tidak mahu bercinta untuk kali ketiga. Ini bukan status menjaja tapi ini kebenarannya.

Soal silaturahin aku dengan keluarga dia aku serahkan pada Allah memberikan aku petunjuk dan tidak mustahil satu hari nanti aku mengundur diri dari mereka tapi tidak bermaksud aku membuang mereka dalam hidup aku. Kerana aku masih waras dalam menghargai budi dan bakti mereka terhadap aku. Sudah aku anggap seperti keluarga sendiri. Tidak menjadi kesalahan bukan?

Sudah sekian lama aku lupa bagaimana rasa dicintai dan mencintai oleh insan bergelar manusia. Ya benar, terbiasa menidakkan perasaan sendiri sejak zaman sekolah menengah lagi. Mungkin aku lebih selamat begini daripada akan menyakiti hati seseorang lagi dan hati diri sendiri. Sunyi? Ya....aku memerlukan kawan dan sahabat yang hebat untuk memecahkan kesunyian itu. Terima Kasih kerana memahami.

Aku berdoa dia bahagia dengan pilihannya.
Tiada wujud istilah lepas tangan segala kerana ia tidak seperti yang disangka dan jangka. Jika kita tidak belajar menamatkan sesuatu perkara, kita tidak akan mampu memulakan sesuatu yang baru.

Jadi pesan aku kepada kawan dan sahabat, disaat jiwa terasa sempit, jangan lupa untuk berdoa dan terus berdoa
supaya terbuka jalan bercahaya dalam redha-NYA
agar tidak terkandas.

by: azizianuar

Saturday, 23 August 2014

Kekuatan

mungkin segenap rasa yang ada
atau seluruh lingkungan yang ada
tidak mungkin akan akan terbela
dengan kata kata manis bicara
seikhlas kata juga punya racun dan bisa

seperti menanam jarum di dalam daging sendiri
tanpa belas kasihan dari si perlaku
untuk apa berdusta sengketa
jika ianya hanya akan menghancurkan dua pihak
cukuplah dengan segala memori lama
cukuplah dengan apa yang tercipta

kerana dengan sedikit cahaya juga mampu bersinar
walaupun dalam kegelapan yang paling dalam sekalipun
usai dan urai semuanya
berkecailah aman damai tanpa jejak dunia
berdoa untuk semua
berbahagia untuk semua
kerana tiada yang lebih mengembirakan
apabila mereka teguh dan tegar

sisip sedikit doa
untuk insan di luar sana
dengan baik niat dan doa
itu jadi satu pemangkin
menjadi semangat untuk terus menatap hari
dalam setiap kehidupan dan hela nafas
baliklah ke pangkal jalan
semoga temui keberkatan dalam kehidupan
kerana itu satu kekuatan


by: azizianuar


Tuesday, 1 July 2014

Bayangan

Bila ku kennag ku renung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi

Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lama kan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi

Apalah yang hendak dikata
Sudah suratan takdir menentukan
Inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Berputar putar membelitkan kata kata
Hanya linangan airmata kan menitis
Pada banyangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan

Monday, 30 June 2014

Perkongsian


p/s: Selamat Menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam...


Thursday, 19 June 2014

Emptiness

Again
I am  a free man now
I have broken up long time ago
when I was your man, you should have been better to me
why didn't I know that I could be this amazing
I am really good now

Are you lonely now?
where did all those many men go?
The person in you fantasy that you've dreamed of
who is it other than me
and better than me

Since it has come to this
unleash those freedoms
living without you
the room grows bigger
I have more friend now
I play like crazy
Till the late nights and yet there isnt enough time

Look, I am OK even with just myself
It must be shy
I am starting to regret now
When I become regretful
I would think of doing better
I should do so
Yet those childish words
the boat has already taken off and found another boat

Free and now girl
Go free
live your life
I don't think I want you back
When you here, its tiring
When you're not, the sense of emptiness

by: azizianuar


Wednesday, 18 June 2014

Menunggu Karma

Aku yang terusir
jauh dari kamu
cinta dan harapan
dibunuh dan mati
bangkit dan terbunuh lagi

Aku yang mengemis
mengais cintamu
seperti pengemis
aku yang dibunag dari relung tangan orang yang ku cinta
Oh Tuhan ampunilah dosa
dendam aku padanya
menunggu karma
aku menunggu karma

Dengar dan ingatlah
saat aku bangkit dari kesedihan
engkau kan berlutut
memohon diriku
memohon ampunan dari diriku

Oh tuhan ampunilah aku
niat buruk di doa
aku hanya inginkan
dia merasakan getir cinta ku
menunggu karma
aku menunggu karma

p/s: Ini lagu single terbaru dari NIDJI...aku suka lirik lagu ni...senyum :)



Diuji

Telah ku hebahkan
rinduku yang lesu ini
tertutup mastuli
namun mustika
cintaku terus membara

Walaupun tengelam
cinta yang dalam membeku
diselendang arus
namun mutiara
rinduku masih menyala

Biarkan tidak terlintas
hasrat cinta tertutup ini
untuk sorak dan isytihar di hatimu
mungkin kerinduan
belum kau peduli
haruskah diuji

Namun terkandas
hasrat rindu tenggelam sepi
mengumum dan merayu terhadapmu
bukti kerinduan
masihkah kau sangsi
perlukah diuji?

Tuesday, 17 June 2014

Me

I wish the couple on the corner would just get a room
Seems like everyone around me's on their honeymoon
I'd love to take a pin to a heart-shaped balloon
Everybody's got somebody but me

Well I don't know how I landed on this movie set
Its like a casting call for "Romeo and Juliet"
I never would have noticed if we'd never met
But everybody's got somebody but me

I hear loves song playing on the radio
Sitting here lonely at a table for two
watching lovers being lovers in the corner booth
seems like even cupid don't know what to do
Everybody, got somebody
Oh everybody, everybody, everybody but not me

Monday, 16 June 2014

Musibah

Murah murah murah
wahai wanita jangan kau perdagangkan maruah
jangan relakan saja hingga kau dianggap mudah
pada insan yang kau anggap bertuah
Ingat di atas sana ada Allah
yang cukup arif dengan masalah
seorang yang bergelar muslimah

Cuba dan usaha berubah
cuba perindah
bukan sekadar menutup aurah
tapi lengkapkan dengan sikap dan langkah
dengan tutur yang lemah
dan juga hati yang permurah

Mungkin disatu detik kau rasa lemah
kadang meruap rasa marah
dalam menghadapi dugaan yang semakin bertambah
namun berdoalah agar semakin tabah
dalam menjalani liku liku musibah

Wanita itu sifatnya pemurah
imannya senipis bawang merah
mudah terjatuh dan tergugah
dengan kata kata si penyair indah
jangan sampai lalai dan rebah
dalam dakapan manusia pemusnah
yang suka  meratah
sekujur tubuh muslimah

usahlah bermegah
dengan nikmat yang Allah limpah
berpesan pesanlah
agar diredhai Allah

by: azizianuar

Thursday, 12 June 2014

Worldcupselfie

Before kick start, let me take a selfie...


p/s: mengantuknya...demam bola bermula...

by: azizianuar