Click Me

Falling leaves

Annyeong

Hello Chingoo~welcome to my blog~happy reading~

Pengumuman

Cakap Sambil Senyum

mitsu sayang semua yang sudi membaca blog ni..kita kawan sampai mati =_="

Total Pageviews

Powered By Blogger

Likes

nuffnang2

Wednesday 28 May 2014

Sunday Trip

Throwback Sunday----------Sunday selfie


Wednesday 21 May 2014

Dia

Dulu aku boleh duduk berjam jam
memikirkan tentang satu hal
CINTA....
sekarang tidak ada lagi yang aku rasakan
hanya rasa sakit
seperti pisau yang menancap didada
lukanya begitu dalam
semua ini membuatku terus bertanya kepadamu Tuhan
kenapa engkau memberiku kekasih yang akhirnya mengkhianatiku
membuatkan cinta dan persahabatan
tidak ada ertinya lagi
percuma aku berlari Tuhan
mungkin aku harus terbang
agar lepas dari semua ini
Aku ingin melayang
lalu menghilang

Ada yang hilang ketika engkau hilang
hatiku jiwaku ada yang pergi
ketika kau pergi
senyum tawaku
hidupku ikut hilang bersamamu
sementara aku masih disini
mencuba tetap berdiri
tanpamu

Tuhan
diantara semua kesedihanku
kau selitkan kebahagiaan
kau hadirkan seseorang
dia membuatku punya alasan untuk tersenyum kan Tuhan
seperti gerimis yang lebih menyenangkan daripada hujan
seperti berjalan yang lebih membuatkan tenang daripada berlari
dan gelap yang membuatku lebih aman daripada terang

Lebih baik menyampaikan apa yang kita rasakan
apa yang kita punya
hari ini atau detik ini juga
kalau ternyata kita cuma punya hari ini
dan besok belum tentu ada
bagaimana?

Kesedihan tidak pernah membiarkan kebahagiaan datang sendirian ke kehidupan manusia
padahal sering kali kita tak punya cukup persediaan untuk menjamunya bersama
begitu banyak rasa sakit dan kehilangan dalam hidup kita
padahal hidup terlalu singkat untuk merasakan semua rasa itu
beruntunglah manusia yang tau apa yang mereka cari
dan diberi cukup waktu untuk mencari
kerana kita tidak punya cukup waktu untuk itu
bahkan sekadar mencari tau apa yang kita cari

Cinta dan kematian...
ketika kita siap menerima keduanya
bererti kita siap menghadapi apa saja


Wednesday 14 May 2014

Selamanya

Kenapa ya,
disaat aku sudah melepasi semua
disaat itu juga lah perkara yang tidak terduga menyapa
aku juga ingin tenang dan bahagia
namun bayangan lama masih mengejar
salahnya apa aku ini
sampai diduga sedemikian rupa
Sejujurnya aku tidak ingin lagi melihat pada kisah lalu itu

Hari ini ibu ku membuka bicara
tiba tiba bertanyakan kisah si dia
lama tidak menjenguk dan bersua muka
Alangkah hampa nya kau ibu, jika kau tahu
kisah disebalik senyuman anaknda mu ini
si dia bukan teman istimewa anakmu lagi
si dia tidak seperti apa yang ibu sangka
tidak sejernih air di pili
tidak juga seputih kain kafan
dan ketahuilah anak mu juga tidak sempurna
anak mu juga banyak juga celanya
aku dan dia sama
hanya manusia biasa
tapi aku tetap menjaga kebaikkan dia dimata keluargaku
hal aku dan si dia tidak perlu siapa tahu
memang sudah ku susun atur jalannya begitu

Ibu,
aku tidak ingin melukai mu dgn kenyataan ini
tapi aku pasti suatu hari nanti akan ku ungkap jua
suatu hari nanti
pada tarikh perkahwinan dia hujung tahun ini
Aku sudah tawar hati
tidak ada rasa sedih mahupun sedikit terkilan pun
tidak seperti dimasa perpisahanku dengan kekasih pertamaku
sungguh memeritkan hati itu aku akui
mungkin layanan nya tidak pernah berkasar
tidak seperti bekas kekasih kedua
boleh di ibaratkan seperti singa
kadang kadang juga seperti kucing manja
mungkin rasa kepada kekasih kedua itu pudar
tidak gah untuk dibanggakan

Tuhan tahu semua apa yang berlaku
cukup bukti dan juga cerita
lama sudah tertutup segala rasa untuk menerima
bersyukurlah kedua duanya sama
memutuskan untuk tidak untuk bersama selamanya
untuk kebaikkan dan bahagia
dilepaskan semua rasa yang ada untuk insan di luar sana
aku dan dia sudah menemui bahagia
walaupun tidak bersama
terima kasih untuk rasa sayang
terima kasih untuk rasa cinta
terima kasih untuk segalanya
kau dan aku tutup buku lama
dan tidak akan pernah akan bersama dan berjumpa
selamanya

by: azizianuar

Monday 12 May 2014

Diriku

Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam telah datang
Terkadang ingin aku tulis semua perasaan

Kata orang rindu itu indah
Namun bagiku ini menyiksa
Sejenak ku fikirkan untuk benci saja
Namun sulit ku membenci

Pejamkan mata bila kuingin bernafas lega
Dalam anganku aku berada distu persimpangan
jalan yang sulit kupilih

Ku peluk semua indah hidupku
Hikmah yang ku rasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta bagiku tidak mengapa
namun ada yang hilang separuh
diriku

Inspired by MG


Doa

Doa dan terus berdoa
supaya hati yang sempit terbuka luas

Doa dan terus berdoa
supaya hati tidak menjadi keras seperti batu

Doa dan terus berdoa
supaya dilembutkan lidah bercakap benar

Doa dan terus berdoa
supaya setiap bicara orang tenang mendengarnya

Doa dan terus berdoa
supaya hidup didunia mendapat berkat-NYA

Doa dan terus berdoa
Supaya diampunkan segala silap sepanjang hayat didunia

Doa dan terus berdoa
supaya tiada wujud perasaan hasad dengki dalam diri kita

Doa dan terus berdoa
bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk semua orang yang ada

Doa dan terus berdoa
supaya dihapuskan sengketa dan perbalahan yang ada

Doa dan terus berdoa
semoga tidak ditarik kembali hidayah mereka

Doa dan terus berdoa
supaya tidak lagi merasa hampa dan duka

Doa dan terus berdoa
teruskan selagi masih bernyawa

Doa dan terus berdoa
supaya tidak berputus asa dalam agama

by: azizianuar




Sunday 11 May 2014

Sempurnakah

Adakah dia terlalu hebat untuk kau miliki?
Sehingga kau terlalu mengejar dan tersungkur
kau pun terus lalu layu dan rebah
kerana apa yang kau dambakan punah dan musnah
itukah yang kau kejar selama ini

Adakah kemahuan kau telah dipuaskan
sehingga apa yang kau impikan tertunaikan
hati dan perasaan pula sudah penuh dengan bahagia
sempit sehingga tiada yang dapat datang menyelit
tenangkah sekarang dengan apa terjadi

Adakah dia pun sama dengan dunia kau dan doa kau
impian dan mimpi sama kearah yang kau mahu
persoalan demi persoalan terus berlagu
tanpa arah tuju yang pasti
terus berlegar dan memarakkan lagi rasa dalam jiwa

Adakah janji yang di ikat sudah ketat
atau sekarang sudah terleraikah ikatan yang kau banggakan
pesanku jangan kau toleh lagi insan yang kau buang
tiada lagi tempatmu untuk ruang hatinya
mereka dan aku juga menarik diri dari persembahan ni
tiada watak extra yang akan mampu mengantikan pelakonnya

Adakah terlalu payah untuk kau menemukan insan
untuk kau luah rasa dan kehidupan yang sempurna
ketahuilah hakikat dunia hanyalah sementara
kejarlah apa kau mahu
usahalah apa kau telah usahakan
jangan kau jejak lagi kotoran yang lama
Allah sentiasa ada untuk kita semua

by: azizianuar

Thursday 8 May 2014

Untuk Perempuan

Jangan mengejarnya
Jangan mencarinya
Dia yang kan menemukanmu
Kau mekar di hatinya
Di hari yang tepat

Tidaklah mawar hampiri kumbang
Bukanlah cinta bila kau kejar
Tenanglah tenang dia kan datang
Dan memungutmu ke hatinya yang terdalam

Bahkan dia takkan bertahan tanpamu

Sibukkan harimu

Jangan pikirkan nya
Takdir yang kan menuntut nya pulang kepadamu

inspired by So7

Tenat

Aku penat
mengimbas kembali kisah zaman kuno
kadang aku buat dont  know

Aku penat
memikirkan masalah lama
yang tiada habisnya

Aku penat
hidup dalam perhubungan
yang pasti akan banyak pertelagahan

Aku penat
mengenali hati baru
payahnya meraih kepercayaan

Aku penat
memberi harapan kepada keluarga sendiri
cukuplah hanya aku saja sendiri

Aku penat
dalam menjaga hati sendiri
tampa melukai hati orang yang aku kenali

Aku penat
mungkin aku kuat
tapi otak aku dah tenat

by: azizianuar

Sunday 4 May 2014

Jijik

Sungguh
ada manusia merasa terhina
dengan dirinya sendiri
terlalu hitam hidupnya
sehingga keras jiwanya
adakah terbuka pintu hatinya
menerima hidayah
terdetik hati kah bertaubat?

Sungguh
ada manusia tidak mampu menanggung derita
mengenang kembali zaman remajanya
tubuh bergelumang lendir dosa
malu untuk berhadapan dengan dunia
apabila semua masyarakat tahu hakikat dirinya
memang manusia tidak sempurna
namun tidak salah jujur dalam setiap bicara

Sungguh
ada manusia masih terleka
dengan hal dunia tiada sudahnya
dalam menuju jalan lurus
terlalu banyak simpang mengiurkan nafsu
jika masih belum berjaya kawal diri sendiri
jangan mengimpikan mengawal hidup insan lain

Sungguh
akarnya adalah ketulusan dan keikhlasan
daunan rimbun nya adalah kejujuran
semoga berbunga kebahagiaan
jangan ditoleh lagi hutan usang
yang kau ratah yang kau hirup dikala gersang

Sungguh
buang kisah silam dengan tenang
lontar jauh dari menjadi bayang
sesuatu yang pernah didakap erat
dihenjut dipulas semuanya sedap
walaupun dulu tertonggeng merenggek
terbaring merasa lelah
itu lama telah jauh pergi

Sungguh
Doa hari ini untuk berharap
keampunan berbuah sebelum ajal menyapa
sesiapa saja juga ingin kesyurga
kerana peritnya hidup di neraka
semoga dosa lama semua manusia
di ampun yang maha ESA
kerana kita manusia jijik

by: azizianuar

Peribadi

Aku tak rasa itu satu kesalahan
kalau bercakap benar

Aku tak rasa itu satu kesalahan
kalau aku berdiam tanpa kata

Aku tak rasa itu satu kesalahan
kalau aku sudah bahagia

Aku tak rasa itu satu kesalahan
kalau aku mengimpikan syurga

Aku tak rasa itu satu kesalahan
kalau aku mengejar yang indah saja

Aku tak rasa itu satu kesalahan
kalau aku lupa kisah lama

Aku tak rasa itu satu kesalahan
kalau aku pentingkan masa

Aku tak rasa itu satu kesalahan
kalau aku bertegur sapa

Hidup ini sukar dijangka
Jangan dipertikai hidup sesiapa
Kita tidak merasa apa mereka rasa
tidak tahu apa orang lain telah lalui juga
mana tahu aku berjodoh dengan janda
atau nenek tua yang lanjut usia
untung kalau aku jumpa anak dara
aku terima sahaja dengan redha
kalau itu ketentuannya
yang pasti aku tidak menoleh pada kekasih lama
ibarat macam kau baca buku lama
sekali baca tipu kalau kau ulang baca kali kedua
rasanya lepas baca kau letak tepi saja
tu pun nasib baik ja kalau simpan semula
ntah2 kau lontar kat tong sampah merata rata
kadang aku gelak saja
ha ha ha ha
terlalu peribadi

by: azizianuar

Bicara

Hebat nya manusia
dalam berkata kata
indah saja semuanya
tapi aku juga sama
dalam setiap cerita
semua perkara macam tahu saja
tapi aku tidak mereka reka
dalam setiap cerita
tidak perlu percaya
terserah saja
tidak perlu bukti apa apa
sudah terpampang semua

Hebat nya manusia
dalam susunan syair pujangga
yang duka boleh suka
dan yang suka boleh berduka
ada juga talam yang dua muka
paling biasa buat tidak tahu saja
kadang boleh buat hati orang merana
paling teruk pun ada yang jatuh air mata
Itu bukan apa aku rasa
aku biasa saja
tiada simpan rasa untuk sesiapa
Kalau berseorangan tidak bahagia
macam mana nk bahagia kalau berdua
tidak begitu wahai saudara?

Hebat nya manusia
walaupun hebat tapi tetap wajib menyembah yang maha esa
Kerana DIA lebih berkuasa keatas semuanya
namun dalam ke alpaan kita semua
dalam melontar kata
lidah dan keyboard warrior semua
harus beringat sentiasa
jangan menanggung fitnah dosa
ganjaranya neraka
harusnya kita mengumpul pahala
untuk ke syurga
dalam setiap bicara

by: azizianuar

Friday 2 May 2014

Hebat

Aku punya sahabat
jauh dan dekat
dari muda ke tua pelbagai peringkat
memang aku dengan mereka sangat rapat
jumpa lepak bukan mengumpat
tapi berbincang kata sepakat
dengan doa dan berkat
tangan saling berjabat
semoga kekal ke akhirat

Aku punya sahabat
lelaki dan perempuan tiada yang terikat
mungkin aku dan mereka dah terbiasa sangat
berjanji dan kadang terlambat
kadang rasa kehidupan yang meluat
adanya mereka aku boleh lupa sakit tenat

Aku punya sahabat
bukan ketegori tangkap muat
tapi mereka adalah yang terkuat
walaupun kadang suka menyakat
tapi dalam gurauan ada juga nasihat
aku bahagia sangat
sebab mereka aku jadi kuat
itulah berkat sahabat yang hebat

by: azizianuar